Pages

Sunday, 24 March 2013

SIAPA JANTAN TIDAK BERTELUR PEMIMPIN PAS !!! rempuh243 #jomsokongbn




Sabtu lalu, PAS Kedah gempar apabila permusuhan terbesar dalam kepimpinan parti peringkat negeri, terdedah kepada orang ramai. Tidak ada cara lagi untuk menutup cerita tentang gerak kerja kejahatan Phahrolrazi Zawawi yang telah dijemput untuk membuat ceramah, tohmahan dan hasutan di kawasan kubu kuat Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak. Dan tidak ada cara lagi yang dapat digunakan untuk menutup kekalutan para pengikut Azizan yang terpaksa menggunakan pendekatan jenayah demi memastikan, Azizan Abdul Razak kekal berkuasa.
Phahrolrazi Zawawi telah dikurung selama lebih dua jam di dalam kantin sebuah sekolah agama di Bukit Besar bagi menghalangnya berceramah di Sungai Limau.

Tidak ramai pemimpin PAS Kedah yang berani dan mahu membuka mulut berhubung perkara berkenaan termasuklah Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar sekalipun Firdaus cukup terkenal dengan perangai lepas mulut dan akan bercakap apa-apa sahaja, sekalipun yang dicakapkannya itu adalah penipuan terbesar sepertimana dalam kes Madrasah Salihiah yang kini hanya wujud dalam kenangan. Manakala tapak baru yang kononnya telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah pula, masih tidak kelihatan di mana-mana!
Kata Firdaus Jaafar, dia tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung kejadian Phahrolrazi Zawawi dikurung, kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Kata Firdaus yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Jerai, dia terpaksa menutup mulut bagi mengelakkan sebarang kesusahan, sekalipun pada masa yang sama, Pemuda GERAKAN Kedah telah membuat laporan polis berhubung kes tersebut.
Tentunya ramai yang akan menganggap, Firdaus Jaafar sedang melakukan kebaikan terhadap parti. Tentunya juga ramai yang akan melihat Firdaus Jaafar sebagai pemimpin muda PAS yang enggan terkepit di celah-celah pertembungan ’dua gergasi PAS Kedah’.
Namun, tidak ramai yang sedar, sebenarnya Firdaus Jaafar terlalu gerun rahsia ISTERI KETIGAnya pula yang terdedah sekiranya dia cuba menunjukkan sokongan kepada mana-mana antara dua gergasi PAS Kedah itu. Baik Kem Azizan Abdul Razak, apatah lagi Kem Phahrolrazi Zawawi, semuanya mengetahui tentang ISTERI KETIGA Firdaus Jaafar.
Apa RAHSIA BESAR ISTERI KETIGA FIRDAUS JAAFAR yang diketahui oleh kedua-dua kem sehingga Firdaus Jaafar tiba-tiba sahaja bertukar menjadi JANTAN TIDAK BERTELUR?

No comments:

Post a Comment