Pages

Monday, 4 March 2013

Terkini... Keadaan 3 Tempat Berjaya Di Kawal !!!




KEADAAN KESELAMATAN DI KUNAK, SANDAKAN DAN SEMPORNA TERKAWAL – KPN

LAHAD DATU, 4 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sekali lagi menegaskan keadaan keselamatan di Kunak, Sandakan dan Semporna adalah terkawal. 

Beliau turut menafikan khabar angin mengenai huru-hara berlaku di Kunak, Sandakan dan Semporna.

"Sehingga kini keadaan keselamatan masih terkawal dan tiada keadaan huru-hara seperti digembar-gemburkan dalam media sosial," katanya pada siding akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tahap keselamatan di Sabah setelah 21 hari insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari bandar Lahad Datu.

Ismail berkata polis akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin yang boleh mencetuskan kekeliruan orang ramai.

"Kami sedang memikirkan aspek perundangan untuk ambil tindakan terhadap mereka (yang menyebarkan maklumat palsu)," katanya.

Beliau berkata polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini bekerjasama erat bagi memastikan keadaan keselamatan di Sabah aman dan terkawal.

Sementara itu Zulkifeli berkata pihaknya menggerakkan anggota tambahan bagi membantu polis mengawal keselamatan di kawasan pantai Timur negeri ini.

"Kami akan membantu polis untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap tahap keselamatan Sabah," katanya. - BERNAMA




No comments:

Post a Comment