Pages

Saturday, 6 April 2013

Apa Hal DAP & PKR Bergaduh Di Johor Ni ???




Ketiadaan pengumuman calon di Parlimen Bakri sama ada daripada DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sepatutnya dibuat malam tadi, menguatkan andaian bahawa perebutan kerusi antara kedua-dua parti itu bakal membawa episod baru yang lebih teruk.

Calon bagi kerusi tersebut yang dikatakan diumumkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam satu ceramah terbuka parti itu di Jalan Bakri di sini malam tadi, tidak menjadi kenyataan walaupun sudah digembar-gemburkan sebelum ini.

Melalui ceramahnya yang berlangsung lebih setengah jam itu, beliau langsung tidak menyentuh sama ada DAP akan mempertahankan kerusi tersebut atau menyerahkannya kepada PKR.

Veteran DAP itu sebaliknya mengulangi kesediaannya bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah dan berhasrat menamatkan karier politik Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman jika benar bertanding di situ.
Ketiadaan pengumuman calon itu menguatkan spekulasi bahawa pergolakan DAP dan PKR Johor semakin serius kerana sebelum ini ada ura-ura Pengerusi PKR negeri, Datuk Dr. Chua Jui Meng akan bertanding di Parlimen Bakri tetapi ditentang DAP.

Sebelum ini DAP dan PKR negeri berebut untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah dan akhirnya kerusi berkenaan menjadi milik Kit Siang dan Jui Meng yang berhasrat menduduki kerusi itu hampa dan dikatakan 'merajuk'.
Selain berebutkan kerusi panas Parlimen Gelang Patah, PKR Johor dan DAP juga terlibat dalam perang mulut berkenaan calon parti pembangkang yang berhak bertanding di kerusi DUN Johor Jaya apabila kedua-dua parti menamakan calon masing-masing.


Kedua-dua parti itu turut bertelagah tentang calon di kerusi Parlimen Segamat dan DUN Tangkak, sambil pucuk pimpinan PKR Johor memberi amaran mereka tidak akan berkompromi lagi dalam isu pembahagian kerusi.



No comments:

Post a Comment