Pages

Friday, 5 April 2013

Ape Hal REMY ISHAK PerBODOHKAN MISLINA BOTAK PUJAAN ANWAR IBRAHIM Ni...???





Pelakon Remy Ishak mengambil keputusan untuk menarik diri daripada berlakon dalam produksi teater M. Butterfly arahan Mislina Mustaffa atas alasan teater itu mempunyai unsur seksual dan politik.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh produksi Rumah Anak Teater, Remy, 31, memaklumkan kepada pihak produksi bahawa pihak pengurusannya tidak bersetuju untuk terlibat dalam teater berkenaan.



Akibat penarikan diri oleh Remy, pihak produksi telah memutuskan pengganti bagi watak Remy akan dipikul oleh anak kepada dramatis Azean Irdawaty, Benjy.

Drama inspirasi daripada opera Madama Butterfly Giacomo Puccini mengisahkan watak utama, Rene Gallimard, yang merupakan seorang kakitangan awam dihantar untuk bekerja di kedutaan Perancis di China.
Gallimard jatuh cinta dengan diva opera China, Song Liling, yang sebenarnya seorang lelaki menyamar sebagai seorang wanita.



M. Butterfly juga pernah dipentaskan di Euqene O’Neill Theatre, New York, Amerika Syarikat pada 20 Mac 1988 hingga 27 Januari 1990 selama 777 kali pementasan yang diarahkan oleh John Dexter dan pernah difilemkan selama tiga kali oleh pengarah berlainan iaitu David Cronenberg, Jeremy Irons dan John Lone.

Teater M. Butterfly karya asal David Henry Hwang ini dijadualkan dipentaskan bermula 11 hingga 14 April ini di Blackbox, Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.


No comments:

Post a Comment