Pages

Tuesday, 16 April 2013

ESOK PENENTU PAKATAN AKAN BERTUMBUK SESAMA SENDIRI !!!




Esok baru pengumuman rasmi dibuat, tetapi nampaknya Pakatan Rakyat yang sebelum ini terperuk kena belasah kerana pertelingkahan dan perebutan dalam pencalonan serta kerusi yang ditandingi, boleh bersandar berehat seketika untuk bertepuk tangan melihat gelagat orang Barisan Nasional pula.
Dengar-dengarnya, sudah semakin ramai yang PERASAN MEREKA TERSANGATLAH popular dan dikehendaki oleh akar umbi, akan menganjurkan demonstrasi membantah calon-calon yang diumumkan di Ibu Pejabat Perhubungan UMNO masing-masing.
Eloklah tu...
Yang dah memang jadi besi buruk dan tahi reput pun, masih ada hati nak bertanding dan perasan hebat. Malah ada yang sebenarnya tak berpendidikan tetapi setelah dihinggapi sindrom perasan yang ultra teruk, juga khabarnya akan berdemonstrasi esok dan mengugut untuk tidak keluar mengundi atau dengan kata lain, memberikan kemenangan mudah kepada Pakatan Rakyat.
Itu demam yang sedang melanda Barisan Nasional.
Namun ada juga nama yang telah dicantas, sekalipun memberikan khidmat cemerlang dan memang disukai oleh akar umbi. Bagaimanapun, atas dasar politik dan permainan pemimpin atasan yang cuba mewujudkan geng mereka sendiri, akhirnya pemimpin yang memang telah menang dengan cemerlang akhirnya dicampak dengan alasan memberi laluan kepada muka-muka baru.
Yang ditunggu ialah, berapa ramai yang akan mengumumkan mereka menjadi CALON BEBAS setelah kecewa tidak terpilih sebagai calon. Baik dari UMNO-BN mahupun Pakatan Rakyat, nampaknya kesan daripada ajaran Islam yang MELARANG MANA-MANA ORANG MEMINTA-MINTA TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH, langsung tidak lagi terpakai, sekalipun yang berbuat begitu, sebenarnya adalah orang Islam.
Bila bab bercakap, bukan main lagi bersembang tentang PERJUANGAN ISLAM. Malangnya perkara yang sebegitu asas, langsung tidak mampu diaplikasikan.
Kita tengoklah sama-sama yer...


No comments:

Post a Comment