Pages

Friday, 5 April 2013

KECOH RAMAI PKR PERAK TINGGALKAN PARTI !!! macamana nak menang ni...





Pengumuman Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang mengesahkan akan bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini dilihat sebagai satu tindakan serampang dua mata. Menurut sumber yang diterima, ia ekoran dari gelombang penolakkan orang Islam dan Melayu yang semakin mengenali makhluk ‘dua alam’ itu.

Ini kerana dikhabarkan majoriti pengundi di Pematang Pauh telah mula bosan dengan sindrom penafian Anwar yang sehingga kini gagal menjawab semua dakwaan berhubung isu salah laku moral yang dikaitkan ke atas dirinya. 

Selain gagal memberikan khidmat yang cemerlang untuk para pengundi di kawasan, Anwar juga dikatakan jarang meluangkan masa untuk berjumpa dengan masyarakat setempat yang suatu ketika dahulu merupakan penyokong kuatnya. Maka telah mula kedengaran di kalangan pengundi di Permatang Pauh untuk menolak Anwar sekiranya dia masih mencalonkan dirinya dalam pilihanraya akan datang.

Menurut sumber pula, tindakan Anwar yang membuat pengumuman awal senarai calon PKR juga telah menimbulkan kemarahan di kalangan beberapa pimpinan pusat dan ketua-ketua peringkat cabang. Ini disebabkan kerana, ia telah memberikan kesan buruk, selain menimbulkan perpecahan di kalangan penyokong peringkat akar umbi.

Yang nyata, ramai yang tidak berpuas hati apabila Anwar menolak kepimpinan cabang sebagai calon pilihanraya, hanya kerana ingin memberi laluan kepada calon luar yang dikatakan sebagai ‘giant killer’. Ekoran itu, ramai yang dikatakan telah mengambil keputusan untuk tidak akan mengundi calon PKR. 

Malah ada yang mengatakan akan memberikan undi kepada calon Barisan Nasional (BN) sebagai tindakan sabotaj ke atas kepimpinan Anwar, lebih teruk lagi apabila ada yang sanggup mengambil tindakan untuk keluar parti dan membubarkan ranting PKR.

Terbaru, Ketua Bahagian PKR Pasir Salak Ahmad Taufik Hassan juga antara yang dikatakan akan meninggalkan PKR untuk menyertai UMNO selepas 40 orang ahli PKR termasuk Ketua Pemuda PKR Sungai Siput mengambil langkah yang serupa. Sebelum ini, seramai 64 ahli PKR di Parlimen Pasir Salak nekad mengikut jejak langkah 120 ahli dan jentera PKR, Cabang Padang Rengas yang nekad untuk keluar parti.

Inilah yang dikatakan sebagai rahmat dari Allah swt, kerana semakin ramai yang telah diberikan petunjuk untuk menilai makhluk yang dikatakan sebagai pemimpin ‘anugerah tuhan’ itu.

Lihat sahaja mengenai berita tentang tokoh-tokoh tertentu dalam masyarakat dan bidang akademik yang telah mula menjauhkan diri dari Anwar Ibrahim. Mereka dikatakan tidak lagi mahu menyokong perjuangan yang berpaksikan kepada kepentingan peribadinya itu.

Mereka itu pula bukan golongan baru belajar berfikir dan menganalisis, tetapi merupakan tokoh yang amat disegani di dalam dan di luar negara. Prof Datuk Dr Sidek Baba sebagai contoh merupakan antara ‘hardcore’ yang boleh diibaratkan sebagai panglima perang Anwar. Ini kerana di UIA, beliau adalah merupakan pemangkin pada gerakan menaikkan Anwar di kalangan masyarakat intelektual serta dunia pelajar.

Selain mereka, Dr Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa juga dilihat telah ‘berkerat rotan’ dengan Ketua Umum PKR, walau pun pada peringkat awal meraka antara yang turut serta dalam gerakan Anwar. Perkataan Pas diresapi parasit adalah komen pertama Hasan meninggalkan perjuangan Pas sebagai merujuk kepada usaha Anwar mencatur agenda Pas dari luar.

Persoalannya, apakah mereka yang masih bersama PKR ini tidak sedar dan tidak tahu lagi akan hala tuju perjuangan Anwar Ibrahim? Hakikatnya ‘KEADILAN’ dalam PKR hanyalah merupakan retorik semata-mata. Ini kerana perjuangan PKR = Anwar Ibrahim!

Dari dulu sampai sekarang ahli politik yang bercita-cita untuk menjadi perdana menteri itu memang tidak pernah dengar pandangan orang lain. Asyik veto, asyik saman, asyik pergi hotel jumpa budak muda yang akhirnya menyebabkan ahli-ahli PKR semakin diabaikan oleh Anwar.




1 comment: