Pages

Thursday, 11 April 2013

NIZAR LAMBAI KENCING RAKYAT ISU BEKAS MENTERI BESAR LAGI !!! Kah..Kah..Kah...




Nizar Jamaluddin yang cukup terkenal dengan kebengongan, ketololan, keLAMBAIan dan tidak dapat membezakan antara realiti dan fantasi, cuba memanjangkan angan-angannya bahawa salah seorang bekas Menteri Besar Perak, akan keluar UMNO dan menyertai PAS malam ini.

Bagaimanapun, sehingga ke tengah malam, jangankan bekas Menteri Besar Perak, bekas kepada bekas orang kuat bekas Menteri Besar Perak pun, tidak ada yang menyerahkan borang menyertai keahlian PAS!

Nizar Jamaluddin tidak memberikan nama yang spesifik, tetapi para pecacai PAS cuba meraba-raba nama 'bekas Menteri Besar' yang dimaksudkan oleh Nizar Jamaluddin. Dan akhirnya nama yang dikatakan itu adalah Tajol Rosli.

Dan seperti biasa, pelbagai gambaran 'baik' mula diberikan kepada Tajol Rosli walaupun pecacai yang sama jugalah mengutuk paling ke hadapan apabila kerajaan negeri pimpinan Tajol Rosli kalah kepada Pakatan Rakyat yang pada waktu itu belum lagi terbentuk.

Pakatan Rakyat hanya terbentuk apabila DYMM Sultan Perak menolak pencalonan Ngeh Kor Ham sebagai Menteri Besar Perak memandangkan Undang-Undang Tubuh Perak menghalang mana-mana individu bukan Melayu dan bukan beragama Islam daripada menjawat jawatan Menteri Besar.

Akhirnya setelah 'merajuk' hampir dua minggu, DAP akhirnya bersetuju untuk mewakilkan Nizar Jamaluddin dari PAS untuk menjadi Menteri Besar mereka.

Dan semenjak itu, Nizar Jamaluddin terus diserang dan dihinggapi geruh kuasa Menteri Besar sehingga kini, terutama selepas Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tumbang apabila tiga orang ADUN mereka keluar parti dan menjadi ADUN Bebas mesra BN.

Pemangku Ketua Bahagian UMNO Grik, Dato' Hasbullah menafikan isu Dato Tajol Rosli, bekas Menteri Besar Perak akan lompat parti menyertai PAS pada malam ini. Isu tersebut sengaja digembar-gemburkan oleh Nizar Jamaluddin dan mula bertebaran di laman-laman sosial.

Nizar Jamaluddin yang amat dikenali sebagai PEMBOHONG BERSIRI terpaksa meneruskan agenda pembohongannya untuk mengecapi cita-cita politik di Perak!!!


No comments:

Post a Comment