Pages

Sunday, 21 April 2013

NURUL IZZAH NI MEMANG BODOH NAK MAMPOS !!!





Tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang menuntut pembatalan pendaftaran kira-kira 4,000 pengundi di Lembah Pantai menampakkan kejahilan beliau mengenai sejarah kawasan itu terutama perkampungan setinggan.

Ketua Cawangan UMNO Kampung Kerinchi, Mohd. Yahya Yusop berkata, Nurul Izzah yang baharu lima tahun menjadi wakil rakyat di Lembah Pantai tidak boleh membuat andaian pengundi menggunakan alamat kawasan setinggan yang tidak lagi wujud itu sebagai pengundi hantu.

Beliau yang turut tersenarai sebagai pengundi hantu menjelaskan, semasa mendaftar, beliau masih tinggal di kampung setinggan itu.
"Tetapi seiring dengan arus pembangunan, kami telah dipindahkan ke kawasan perumahan seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan pelbagai kemudahan selesa.

"Walaupun kami tidak lagi menetap di kawasan asal (kampung setinggan), kami masih penduduk Lembah Pantai dan layak untuk mengundi," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.




No comments:

Post a Comment