Pages

Sunday, 14 April 2013

PANAS...MUSTAPHA ALI BENGANG SEBAB MAT SABU TIBAI 40% ???




Dalam ramai-ramai pemimpin Pas, Mat Sabu adalah yang paling berharga bagi Pas. Boleh dikatakan dialah penyelamat kewangan Pas sama ada di peringkat pusat , negeri atau cawangan.

Dikala cawangan Pas yang hampir pudar dan suram, Mat Sabu dilihat sebagai pemangkin kepada kebangkitan semula mana-mana cawangan yang sakit.

Ini kerana Mat Sabu dikatakan mempunyai aura sehebat zaman kegemilangan Mawi. Sebut saja namanya akan memberikan ceramah, maka berpusu-pusulah orang kampung akan datang. Apa yang disampaikan tak penting, bagi mereka kehadiran Mat Sabu cukup mengubat hati yang rindu dek lama tak dengar dia berceloteh dan memaki.

Seperti dalam ceramah-ceramah Pas, tak sah kalau tak ada karung derma 'jihad'. Menurut salah seorang bekas Lajnah Pemuda Pas di Lembah Klang, cara mengutip derma itu yang unik. Para pemegang karung yang mempunyai nombor siri akan pergi dari seorang ke seorang. Dan selagi orang atau pendengar tidak menghulurkan derma, selagi itulah karung tersebut akan digoncang sambil melafazkan 'jihad' berulang kali sehinggalah mereka menghulurkan duit. Ia kelihatan seolah-olah rela paksa.

Usai ceramah semua duit kutipan akan dikumpulkan. Dalam kes ini biasanya penceramah VIP seperti Mat Sabu hanya menyuruh orang suruhannya memerhati jumlah kutipan sementara beliau telah pun beredar untuk berceramah di tempat lain.

Selalunya ceramah yang dihadiri Mat Sabu kutipan paling busuk pun RM100 ribu dan biasnya lebih. Daripada RM100 ribu itu, 40% untuk Mat Sabu, 30% untuk penganjur cawangan selebihnya untuk tabung Pas.


Jika Mat Sabu menerima makluman bahawa kehadiran amat menyedihkan, beliau akan membatalkannya kerana tak balik modal dan hasilnya nanti buat penat dia memekik saja. 

Minima satu hari Mat Sabu akan berceramah di dua tempat. Cuba kira jumlah pendapatannya hari itu...lebih kurang RM80 ribu.

Patutlah beliau tak kisah pun jika kalah bertanding, sebab dengan kekalahan inilah menjadi punca pendapatannya yang mewah. Dan dia akan menjaja lagi air liurnya selama 5 tahun bagi mengumpulkan duit sebanyak yang boleh. Isi ceramahnya tetap sama dari dulu, kini dan selamanya tapi bayarannya terus meninggi.

Orang-orang kampung dan rakyat bawahan yang menjadi mangsa derma paksa oleh Pas. Pernah terjadi mereka terpaksa menyerahkan satu-satunya duit yang tinggal dalam dompetnya demi perjuangan 'jihad' katanya.

Penulis akan mendedahkan lagi jumlah bayaran yang diterima oleh penceramah Pas sama ada ustaz cikai atau selebriti Pas dimana bayarannya bergantung kepada apa yang perlu dilakukan pada majlis berkenaan. 



No comments:

Post a Comment