Pages

Tuesday, 2 April 2013

PAS NEGERI SEMBILAN MENGAKU KHAIRUL FAHMI TERLALU BODOH !!!




Yang Dipertua Pas Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani menganggap kecaman demi kecaman yang diterima oleh Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som sebagai satu pengajaran berguna buat dirinya.
Menurut Mohamad Taufek, kenyataan yang dibuat Khairul Fahmi menerusi akaun Twitternya itu adalah sesuatu yang tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku.



“Saya berharap kejadian ini boleh dijadikan sebagai pengajaran berguna untuk beliau (Khairul Fahmi) agar tidak melakukan perkara yang sama pada masa akan datang.

“Saya yakin, pimpinan Pas akan meneliti setiap apa yang berlaku dari semua aspek termasuklah dari sudut Islam terhadap apa dilakukan beliau.

“Sekiranya kita dapati kenyataan itu adalah sesuatu yang tidak wajar, maka beliau harus dikenakan tindakan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad Taufek berkata, bagaimanapun, keadaan ini tidak seharusnya diperbesarkan mahu pun dipolitikkan kerana dikhuatiri akan menimbulkan polemik yang lebih serius dalam kalangan masyarakat.

“Saya berharap isu ini tidak perlu diperbesarkan atau dipolitikkan demi meraih perhatian masyarakat, cukuplah sekadar memberi teguran terhadap tindakan beliau itu.

Saya pasti pimpinan Pas sendiri akan mengambil tindakan untuk memperbetulkannya,” katanya.

Terdahulu, Khairul Fahmi menerusi akaun Twitternya menyebut, “Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun Umno akan keluarkan... jahanam Umno” pada 27 Mac lalu.

Tindakannya itu kemudian mendapat kecaman hebat daripada semua pihak termasuklah beberapa pihak yang membuat laporan polis.






No comments:

Post a Comment