Pas menerima tamparan awal pada hari pertama kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) apabila ceramah calonnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Zulkefly Mohammad Omar hanya dihadiri 10 orang penyokong di Kampung Pantai dekat sini, malam tadi.
Walaupun bercakap soal janji, habuan dan kebaikan menyokong pembangkang, khususnya Pas, Zulkefly nyata gagal menarik perhatian orang ramai untuk hadir ke ceramah yang dibuat di bawah sebuah khemah itu.
Tambahan pula, kemampuan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ishak Ismail yang mengadakan ceramah pada jarak 50 meter itu, lebih menggamit penyokong untuk hadir mendengarnya.
Lebih menyedihkan ceramah bermula pukul 10 malam tadi di kem Pas itu, tidak kedengaran laungan 'Takbir' seperti selalu, malah wajah penyokong yang mendengarnya pula semakin mengantuk.
Zulkefly dalam ceramah hambarnya itu, menggunakan kesempatan untuk memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya gagal menguruskan negara.
Malangnya, dia tidak pula memberitahu betapa gagalnya
diri sendiri selepas tidak mampu mentadbir kem ceramahnya sehingga yang datang itu hanya 10 orang malam tadi.
"Berilah peluang kepada pakatan rakyat hanya untuk kali ini, bagi membuktikan kami boleh lakukan seperti yang dikatakan," katanya.
Apa yang menyedihkan, calon ini seperti 'meminta sedekah' merayu kepada 10 penyokong yang hadir itu agar mengundi pembangkang.
Dalam satu ceramah berasingan disampaikan Ishak, beliau lebih banyak menumpukan kepada apa yang telah kerajaan BN lakukan untuk mensejahterakan rakyat dan nyata, ia disokong oleh pengundi di kawasan Pantai itu..
''Kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat, ini dapat dilihat pelbagai kemudahan dan bantuan disalurkan kepada rakyat di negara ini.
''Saya yakin saudara semua boleh menilai dengan sendiri apa yang dilakukan oleh kerajaan dan sama ada benar apa yang dikatakan oleh pembangkang itu betul atau tidak," katanya menerima tepukan gemuruh penyokong.
Ceramah ini turut dipantau oleh penguatkuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan kedua-dua pihak mematuhi peraturan yang ditetapkan sepanjang tempoh berkempan.
nk politik boleh tp tolong.. jgn salah guna dalil Al-Quran dan As-Sunnah
ReplyDelete