Pages

Thursday, 11 April 2013

PKR PAHANG BERGADUH, ANWAR SALAHKAN UMNO !!! Bangang Punya Orang...




SUDAH menjadi lumrah, apa sahaja masalah dalaman parti pembangkang, pemimpin mereka akan sepantas kilat menuding jari kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Walaupun taktik seperti itu sudah menjadi bahan lucu ramai kerana terlalu kerap diulang, apa lagi pilihan yang ada untuk mereka kerana bagi mengakui kesilapan sendiri, ibarat jauh panggang dari api.

Terbaharu mengenai kemelut dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang yang semakin hari semakin meruncing apabila ramai pemimpin dan bekas pemimpin parti itu menyuarakan hasrat mahu bertanding Bebas.

Segalanya berpunca daripada rasa tidak puas hati mereka kepada pucuk pimpinan PKR terutama di peringkat negeri iaitu Pengerusinya, Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Bagaimanapun, seperti dijangka, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada di Kuantan kelmarin dengan pantas sebaik sahaja diajukan soalan tersebut oleh pemberita menuding jari kepada UMNO sebagai punca.

"Ini bukan isu, kita dah boleh agak. Banyak wang melayang, kita dah dengar sebulan lalu taktik ini akan digunakan UMNO, beli sebanyak mungkin pemimpin PKR," kata Anwar.

Apabila diajukan kepada Ketua Cabang PKR Paya Besar, Zahari Mamat yang mengumumkan akan bertanding Bebas, beliau tidak terkejut sama sekali dengan jawapan Anwar itu.

"Kita tahu siapa Anwar. Sejak dari dulu lagi, apabila ada kalangan pemimpin PKR yang bertanding Bebas, cepat-cepat mereka akan kata UMNO bagi duit.
"Tak ada apa nak dihairankan. Kalau nak pecat keahlian pun, pecatlah. Kita reda. Sebab tujuan kita buat macam ini kerana mahu memperbetulkan pucuk pimpinan.

"Cuma saya nak beritahu, tunggulah, bukan saya seorang, ramai lagi pimpinan PKR di Pahang akan bertanding Bebas selagi masalah sebenar tidak diatasi," katanya.

Ironinya sewaktu memperkenalkan Fauzi sebagai calon di Parlimen Indera Mahkota minggu lalu, Anwar sendiri dapat mendengar dengan jelas bagaimana sekumpulan penyokong pembangkang secara terbuka mengejek pemilihan kenalan lama beliau itu.

Malah bekas Timbalan Pengerusi PKR III Pahang, G. Ramponusamy yang telah mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas di Parlimen Indera Mahkota berulang kali menegaskan tindakan yang diambilnya itu kerana tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan negeri.

Bagaimanapun suara Ramponusamy yang terlibat mengasaskan PKR Pahang tidak diendahkan sebaliknya, Fauzi yang meninggalkan UMNO dan menyertai PKR selepas tsunami politik Pilihan Raya Umum 2008 mendapat tempat lebih baik di sisi Anwar.






No comments:

Post a Comment