Pages

Saturday, 13 April 2013

VIDEO SEKS PEMIMPIN PAS !!! APA KAITAN DENGAN PENANGKAPAN AHLI PKR ???




Video lucah yang membabitkan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali yang sedang ditonton oleh sebilangan rakyat Malaysia sekarang, sedang mendapat reaksi yang 'amat  menggalakkan' daripada puak-puak yang menyokong Anwar Ibrahim.


Berita penangkapan dua orang ahli AMK yang mengedarkan vcd-vcd terbabit di Besut, Terengganu, bagaimanapun, langsung tidak mereka sentuh. Sebaliknya, mereka lebih banyak mempertikaikan kewibawaan pihak polis yang bertindak pantas selepas mendapat laporan daripada orang awam. Mereka juga mempertikaikan mengapa media pro-UMNO-BN yang terlebih dahulu menyiarkan berita berkenaan, sedangkan mereka hanya mengetahuinya menerusi media-media tersebut.

Sesuatu yang sangat jelas ialah, 'kegagalan' Anwar Ibrahim mengumumkan nama calon-calon PKR yang akan bertanding di Terengganu kerana halangan yang dibuat oleh PAS Terengganu terutama sekali Mustafa Ali, juga langsung tidak dijelaskan. Manakala PAS Terengganu yang berjaya 'menggertak' Anwar Ibrahim tetapi kemudian mengubah fikiran dan hanya akan mengumumkan calon-calon mereka pada 18 April, juga tidak menarik ulasan daripada para pecacai Anwar Ibrahim.

Menariknya, dalam ramai-ramai jurublog PAS, hanya golongan yang cukup taksub kepada Anwar Ibrahim dan amat membenci Mustafa Ali sahaja yang membuat ulasan. Dan seperti diduga, ulasan mereka tidak menyebelahi Mustafa Ali, sebaliknya bertujuan membinasakan Setiausaha Agung PAS itu. Lebih menarik lagi ialah apabila Mustafa Ali disaran MELAKUKAN SUMPAH LAKNAT menafikan dirinya dalam video tersebut, sedangkan untuk Anwar Ibrahim pula, jurublog-jurublog yang sama memberikan pelbagai dalil dan dalih sehingga sanggup menyatakan, di dalam Islam TIDAK ADA SUMPAH LAKNAT.

Manakala jurublog-jurublog PKR pula, sekali lagi mengulangi teori FITNAH kononnya, klip-klip video membabitkan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali telah gagal, dan UMNO terpaksa meneruskan usaha menfitnah terhadap Setiausaha Agung PAS pula.

Teori yang amat lemah dan langsung tidak bersesuaian dengan penangkapan dua orang anggota AMK di Besut, petang semalam.

Ramai yang berpendapat, wanita muda di dalam klip video tersebut sebenarnya adalah isteri muda Mustafa Ali. Mustafa Ali atau Cikgu Pa sudah lama diketahui berbini baru tetapi hanya sebilangan orang sahaja yang pernah berjumpa dengan isterinya itu memandangkan Cikgu Pa sendiri tidak pernah membuat pengisytiharan kepada awam tentang isteri barunya.

Dendam terhadap Cikgu Pa, apatah lagi kekerapan Cikgu Pa menggunakan bilik hotel yang sama apabila berada di Bandaraya Kuala Lumpur dan wanita yang sama, menemuinya di bilik hotel itu, telah mengundang kehadiran kamera pengintip yang merakamkan apa-apa sahaja gelagat Cikgu Pa dan pasangannya dalam bilik berkenaan.

Dan klip video tersebut kemudiannya ditabur serta diselerakkan di seluruh Terengganu memandangkan Cikgu Pa mempunyai kekuatan di negeri itu selain Terengganu sendiri merupakan sarang Presiden parti. Lagi kuat Cikgu Pa dan Hadi Awang membantah tuntutan PKR untuk bertanding di lebih banyak kerusi Parlimen dan DUN Terengganu, lebih banyak jugalah vcd tersebut akan diedarkan.

PKR nampaknya sudah terkangkang dan cuba sedaya upaya untuk menyalahkan UMNO. Permusuhan ketara dan ancaman terhadap Cikgu Pa yang pernah dilafazkan oleh PKR dan para pecacai mereka, nampaknya tidak mampu untuk diselindungkan dengan tuduhan dihala kepada UMNO.

Sepatutnya bukan Cikgu Pa yang disuruh dan dipaksa bersumpah, sebaliknya AMK, PKR dan keseluruhan organisasi parti tersebut terutama sekali di Terengganu perlu disiasat dan diambil tindakan kerana cubaan memalukan dan mengugut Cikgu Pa!!!



1 comment:

  1. .......dan dicelah peha ini jugak akan disodok dan dirodok dengan BULUH RUNCING hingga kehati adoi sakitnya adoi bisanya bagi PENZINA Laknatullah macam dalam Semerah Padi Takbir!Takbir!Takbir!

    ReplyDelete