Singapura menyokong DAP secara terbuka
Persoalan yang timbul, kenapa PAP SIngapura menyokong DAP dengan begitu terang-trangan lagi sehingga beberapa syarikat Singapura sanggup memberikan bukan sahaja cuti, tetapi juga tiket kepada pekerja mereka untuk pulang mengundi pada5 Mei nanti.
Apa motif Singapura? Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah, dan kawasan itu merupakan sebahagian daripada Wilayah Ekonomi Iskandar yang mana bakal menyaingi Singapura selepas ianya disiapkan.
Jelas di sini melihatkan betapa Singapura enggan tewas kepada Malaysia dan secara terang-terangan membantu Pakatan Rakyat, khususnya DAP untuk menang di Gelang Patah.
Hubungan rapat antara DAP & PAP Singapura memang bukan suatu rahsia lagi. Pemimpin DAP kerap berulang alik ke Singapura sejak beberapa tahun sebelum ini, malah beberapa mesyuarat rahsia juga turut diadakan di negara berkenaan.
PAP secara terang-terangan beri bantuan kepada DAP dalam usaha memenangi PRU13. Ini menjadikan PA pengkhianat kepada masyarakat Melayu dan agama Islam kerana bersekongkol dengan mereka yang mahu menjahanamkan Malaysia yang mempunyai 60 peratus masyarakat beragama Islam.
Jika tidak, mengapa DAP begitu beria-ia mahu DAP menang dalam pilihan raya? kerana mereka akan dapat mengawal ekonomi Malaysia serta memecahkan kuasa yang dimiliki Melayu sebagai majoriti penduduk di negara ini.
Berikut adalah syarikat yang memberikan cuti kepada rakyat Malaysia untuk balik mengundi:
AUTOMOBILE IMPORTER & EXPORTER ASSOCIATION (SINGAPORE)
988 INTERNET BROADCASTING PTE LTD AVOCENT ASIA PACIFIC PTE LTD
BIZ CONSULT BOLD ENTERPRISE PTE LTD
CG ALLIANCE DART HOLDINGS PTE LTD
EILUMINA RESOURCES PTE LTD
ENERCON SYSTEMS INTERNATIONAL, LLC HEATEC JIETONG PTE LTD
J. HANG INVESTMENT PTE LTD
KORDAMENTHA FORENSIC PTE LTD
MAZ ENERGY PTE LTD
MICROLOGIC SOLUTIONS LLP
PRICE CUT PTE LTD
S P SETIA INTERNATIONAL (S) PTE LTD
SOLAR SHIPPING SINGAPORE PTE LTD
TEIAN CONSULTING INTERNATIONAL PTE LTD
TMF SINGAPORE H PTE LTD
Syarikat-syarikat ini yang dikawal DAP/PAP di Singapura menggalakkan kakitangan ambil cuti bantu DAP di Malaysia. Singapura mula tergugat dengan kemajuan Wilayah Iskandar & Greater Johor Plan.
Jangan memperkecil bila orang ‘bisnes’ di Singapura mula bertindak untuk membantu rakyat Malaysia balik mengundi. Anwar sangat gembira bila DAP menyerahkan senarai syarikat yang dikatakan akan membantu memberi cuti kepada kakitangan Malaysia.
PKR setakat ini merasakan apa yang dilakukan DAP ini sangat membantu untuk PRU13.Cuti 2 hari dan perkhidmatan bas disediakan demi untuk menjatuhkan sebuah kerajaan Islam.
Amat menyedihkan, namun hakikat ini perlu diketahui umum kerana ia bukan lagi melibatkan urusan dalaman negara, tetapi juga kedaulatan dan keislaman negara kita. Mungkin mereka hanya menganggap lumrah kalah menang dalam pilihan raya, namun jika mahu tewas sekalipun, tidak sekali Islam akan diruntuhkan.
Jelas dan nyata perkara itu bukan lagi soal kalah menang pilihan raya, tetapi survival Melayu dan Islam di Malaysia
tlg sebar ini tuan
ReplyDeletehttp://cerobohlagi.blogspot.com/2013/04/sultan-perak-dihina-dikatakan-berhala.html