Pages

Saturday, 11 May 2013

SI GAMPANG HARAM JADAH NI PERLU DI TANGKAP !!!




Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan jenayah jalanan termasuk jenayah  demokrasi apabila didakwa mengajar rakyat Malaysia terutamanya generasi muda menolak keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Ahad lalu.

Katanya, Anwar secara jelas menggunakan demokrasi sebagai platform untuk menjahanamkan masa depan negara, paling menyedihkan apabila beliau menanamkan sikap buruk itu dalam kalangan generasi muda yang belum layak mengundi.

''Saya difahamkan ada anak muda yang datang ke perhimpunan haram di Kelana Jaya Rabu lalu, masih belum layak mengundi dan tidak faham tentang undang-undang pilihan raya.

''Tetapi Anwar telah merosakkan pemikiran mereka dengan membuat pelbagai tuduhan jahat, fitnah yang amat dahsyat sehingga merosakkan amalan demokrasi di negara ini,'' katanya lagi.

Sambil menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab, Wan Ahmad berkata, tindak-tanduk seumpama itu juga akan mencacatkan kesinambungan amalan demokrasi di Malaysia selain mendidik generasi muda supaya membelakangkan undang-undang sekali gus menentang Perlembagaan Negara yang memperuntukkan keluhuran undang-undang sebagai salah satu elemen penting.

Beliau yang kesal dengan sikap buruk Anwar itu juga tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ketua pembangkang itu kerana melakukan fitnah yang melampau terhadap SPR dengan pelbagai dakwaan palsu berniat jahat untuk mengelirukan rakyat Malaysia.

Katanya, Anwar dan pembangkang sepatutnya menunggu keputusan PRU-13 diwartakan dan memfailkan petisyen pilihan raya jika mereka benar-benar tidak berpuas hati dengan keputusan yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang diberi mandat untuk meneraju kerajaan.

''Semasa di mahkamah nanti bentangkan bukti, kemukakan saksi, bariskan peguam-peguam pembangkang yang hebat-hebat belaka. Kalau kalah juga, buat rayuan sampai ke peringkat tertinggi. Bukannya dengan cara membuat perhimpunan semata-mata untuk mengelirukan rakyat dan menabur fitnah,'' katanya.

Wan Ahmad turut melahirkan kebimbangan tentang masa depan generasi muda kerana pemikiran mereka terlalu mudah meresap dakyah-dakyah jahat Anwar dan pembangkang sehingga akhirnya membentuk satu generasi yang tidak percaya kepada demokrasi tulen.

''Generasi ini akan percaya bahawa penganjuran perhimpunan haram, penyebaran fitnah tanpa batasan dan tuduhan-tuduhan jahat adalah amalan demokrasi yang perlu dijunjung. Mereka terpengaruh dengan dakyah Anwar yang hakikatnya bertujuan menghancurkan masa depan negara serta merosakkan sistem yang telah diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan,'' katanya.

Beliau kesal kerana keengganan Anwar menerima hakikat bahawa pakatan pembangkang tidak dipilih sebagai peneraju kerajaan telah menyebabkan beliau bertindak di luar kewarasan akal serta mengheret rakyat sehingga ada anak muda yang tidak tahu apa-apa turut terjebak.

Katanya, akibat terlalu obses mahu menjadi Perdana Menteri, Anwar menjadi manusia tidak bertanggungjawab sehingga sanggup menganjurkan siri perhimpunan yang bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam malah merosakkan pemikiran rakyat, justeru beliau selayaknya digelar penjenayah demokrasi kerana membunuh sistem yang telah menyebabkan kerusi dimenangi pakatan pembangkang bertambah.




2 comments:

  1. salam perjuangan, mohon jasa baik tuan untuk pautkan blog saya di blog list tuan.
    rentakalela30.blogspot.com
    terima kasih...

    ReplyDelete
  2. Di belakang dia ada Mat saleh sekoq, jahat betul rentua ni.

    ReplyDelete