TIGA PEMIMPIN MALAYSIA BAKAL DI HUKUM GANTUNG SAMPAI MATI !!!
KITA TENGOK SIAPA KENA..?
Dalang Pencerobohan Lahad Datu Akan Diserah Ke Peguam Negara
Panas Bontot!!! semua maklumat mengenainya sudah hampir lengkap, tiga
orang dalang yang bakal didakwa didalam kejadian Lahat Datu akan
diserahkan kepada peguam negara tidak lama lagi.
Oleh yang demikian, sebelum mereka melarikan diri untuk suaka politik,
adalah lebih baik pintu sempadan termasuk lapangan terbang telah
menyenarai hitamkan nama nama mereka daripada keluar dari negara ini.
Apa yang kita harapkan ialah ketegasan peguam negara didalam hal ini.
Kita tidak mahu lagi ada yang bermain tarik tali lagi. Cukup sudah
sistem perundangan didalam negara ini diperkotak katikkan oleh mereka
yang berkepentingan politik sehingga menyebabkan satu suasana yang tidak
seimbang didalam negara.
Tiga pemimpin pembangkang yang didakwa
terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah
tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila
kes itu dibawa ke mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, semua dokumen dan maklumat terperinci
yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk
mengambil tindakan terhadap individu terbabit.
“Semua dokumen dan
maklumat terperinci telah diperoleh dan penelitian dari segi
undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah sedang diteliti… kami
iaitu Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Pertahanan akan adakan
mesyuarat dengan pihak peguam negara untuk serahkan dokumen tersebut
untuk tindakan selanjutnya.
“Saya tidak berhajat untuk menamakan
individu terlibat iaitu dua dari semenanjung dan seorang dari Sabah
sebab saya tidak mahu berlakunya satu keadaan prasangka atau prejudis
bila kes ini dibawa ke mahkamah,” katanya pada sidang media selepas
melakukan lawatan kerja pertama ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini,
Isnin.
Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi
Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri
Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu
Bakar. Beliau mengulas kenyataan Bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck
Lee semalam, yang mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa
terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.
Sebelum ini, Ahmad Zahid ketika menjadi Menteri Pertahanan berkata
kementeriannya telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang
menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad
Datu, Sabah.
Ahmad Zahid juga sebelum ini dipetik sebagai berkata,
masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut adalah selepas
pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana jika pendedahan dibuat sebelum
PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik
No comments:
Post a Comment