Inilah anwar ibrahim pengkhianat bangsa melayu, sanggup melakukan apa sahaja, demi untuk menyelamatkan rahsia peribadinya. Ramai rakyat malaysia menjadi mangsa penipuannya utk mencapai apa yg di hajatinya. Ketahui 3 perkara yg paling ditakuti oleh anwar hingga menhantui hidupnya.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
didakwa menganjurkan siri perhimpunan haram di seluruh negara kerana
mahu mengalih tumpuan rakyat daripada tiga perkara yang paling
ditakutinya.
Ketiga-tiga perkara itu ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari
Azlan, isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah
dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung
aktiviti seks beliau.
Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, Anwar akan
memastikan ketiga-tiga perkara tersebut 'dilenyapkan' daripada minda
rakyat walaupun tindakannya itu akan mengundang kemudaratan terhadap
agama, bangsa dan negara.
"Anwar sememangnya cenderung untuk melakukan pelbagai tindakan
terdesak bagi memastikan 'pekung' di dadanya tersisip rapi dalam bajunya
kerana beliau tahu ketiga-tiga perkara itu akan menyebabkan karier
politiknya boleh terkubur.
"Jadi, dalam tindakan terdesak terbaharunya ini, beliau mengheret
penyokongnya untuk turun ke jalan supaya perhatian rakyat teralih
daripada isu sebenar yang menyelubungi Anwar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ezam berkata, politik yang dibawa Anwar bukan
berlandaskan menyelesaikan masalah rakyat atau negara tetapi semata-mata
untuk memuaskan nafsu peribadinya sahaja.
Bukti paling jelas, katanya, ialah pendedahan sahabat karib Anwar
iaitu bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang memberitahu Ketua
Pembangkang itu sanggup berbohong dan mengkhianati janji kerana mahu
menjadi Perdana Menteri.
"Setiap rakyat yang waras seharusnya sudah nampak jelas jenis
pemimpin apa Anwar ini, iaitu jenis pemimpin yang mempergunakan rakyat
bagi menyelesaikan masalah peribadinya bukan pemimpin yang sanggup
berkorban kepentingan peribadinya untuk rakyat.
"Negara ini sudah terlalu lama menjadi mangsa pemimpin songsang ini
dan memang sampai masanya untuk riwayat politik songsang Anwar
ditamatkan demi kepentingan rakyat dan negara," tegasnya.
Dalam pada itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
berkata, secara lazimnya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan
bersungguh-sungguh mencipta suatu peristiwa besar bagi melindungi
kegelisahannya maka sebab itu perhimpunan haram digerakkan.
"Anwar telah menggerakkan segala jentera PKR untuk menjayakan
perhimpunan haram, biarpun gagal mendapat sokongan penuh daripada
pemimpin tertinggi Pas dan DAP. Ternyata perhimpunan tersebut adalah
agenda peribadi beliau, tetapi menipu penyokong pembangkang dan rakyat
Malaysia kononnya untuk menyelamatkan negara,'' ujarnya.
Seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Muhamad Rahimi Osman berkata, Anwar kini benar-benar terdesak untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap segala isu yang dihadapinya.
Jelasnya, terlalu banyak dosa Anwar kepada negara, sehinggakan Ketua
Pembangkang itu tidak lagi mampu menjawab satu persatu isu tersebut dan
cara terbaik bagi melarikan diri adalah dengan menghasut rakyat turun ke
jalanan atas sesuatu perkara yang remeh dan tidak benar.
"Anwar juga risau dengan tindakan undang-undang yang akan diterimanya
jika disabitkan bersalah atas tiga isu tersebut, jadi, tindakan
berhimpun ini juga adalah usaha menakut-nakutkan kerajaan agar
menunjukkan dia masih popular dalam kalangan rakyat.
"Saya gesa rakyat agar tidak percaya kepada Anwar dan kerajaan tidak
akan sekali-kali membiarkan beliau bebas bermaharajalela atas segala
kesalahan yang telah dilakukan," tegasnya.
No comments:
Post a Comment