Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa
menerima ugutan bunuh melalui panggilan telefon di rumahnya pada pukul
10.10 malam tadi.
Menurutnya, panggilan tersebut dibuat oleh seorang lelaki tidak
dikenali menerusi telefon bimbit yang mengeluarkan ugutan "I will kill
you" (aku akan bunuh kau) sebelum meletakkan telefon.
Berikutan itu, Tunku Aziz membuat laporan polis pada pukul 9.50 pagi ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
"Perbualan itu hanya beberapa saat, saya cuba bertanya siapa dia,
namun dia telah memutuskan talian. Saya percaya ugutan bunuh ini
berunsurkan politik, " katanya kepada pemberita di luar pekarangan
balai polis berkenaan.
No comments:
Post a Comment