Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menafikan dakwaan
kononnya Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi yang dibuka oleh
penceramah bebas, Muhammad Kazim Elias adalah pusat di bawah 'kawalan'
Barisan Nasional (BN).
Zambry turut menyangkal fitnah politik yang dilemparkan kepada
Muhammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim kononnya beliau
telah memberikan wang secara peribadi bernilai RM7 juta kepada
pendakwah terkenal itu.
"Saya amat bersimpati dengan Ustaz Kazim dalam keadaan beliau
difitnah dengan pelbagai cara dan ugutan. Kita bekerjasama dalam
perkara yang baik. Takkan kita pula mahu menolak orang yang
memperkenalkan negeri Perak serta institusi dan pengajian Islam seperti
ini?" katanya pemberita selepas menghadiri majlis perasmian sambutan
ulang tahun ke-7 pusat pendidikan itu di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment