Pages

Friday, 26 July 2013

PANAS... BAZAR RAMADHAN MEDAN GOPENG IPOH JUAL JUADAH DAH BUSUK ???



Apa la nak jadi dengan peniaga sekarang ni, mungkin kerana trlalu mengejar keuntungan sehingga trgamak ada peniaga yang mengabaikan aspek hidangan untuk pelanggan di bulan puasa. Peristiwa ni trjadi di bazar ramadan medan gopeng ipoh, aku trbaca di facebook salah seorang pelanggan yang terinaya oleh peniaga yang tidak brtanggungjawab.

Tidak ramai peniaga di bazar ramadhan yang bersikap begini, tetapi anda fikirkanlah disebabkan peniaga sebeginilah yang menyebabkan peniaga peniaga lain menjadi mangsa. 

Di bulan yang mulia ini keikhlasan dalam perniagaan amatlah perlu di utamakan agar segala perbuatan kita mendapat redha dari ALLAH. Jadi jika perkara begini telah berlaku adakah si peniaga tidak merasa bersalah kepada pelanggannya? Bayangkanlah sekiranya peniaga tersebut berada di tempat pembeli diatas, tidak terfikirkah perasaan mereka.

cerita ini bukanlah untuk aku menghasut atau menakutkan pembeli di sekitar ipoh ini. Cerita ini di harap dapat menjadi pengajaran kepada pembeli sekiranya berada di sekitar bazar ramadhan tersebut.

Aku juga berpandangan agar selepas ini MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI) dapat menyediakan kaunter atau apa apa sahaja perkhidmatan  aduan berkenaan kes sebegini. Peniaga seperti ini seharusnya di beri pengajaran untuk ingatan kepada semua. JANGAN DI SEBABKAN NILA SETITIK HABIS ROSAK SUSU SEBELANGA...






No comments:

Post a Comment