Pages

Friday, 19 July 2013

PAS PERHAMBAKAN KANAK-KANAK UNTUK KEMPEN POLITIK DI KUALA BESUT !!!





KELIHATANNYA macam tidak ada orang nak menyokong PAS ni kan sampai setiap kali depa berkumpul, kanak-kanak bawah umur pasti membentuk majoriti besar (antara 30% – 40%).
Tidak terkecuali dalam proses pencalonan pilihanraya kecil N01 Kuala Besut yang sedang berlangsung sekarang, budak-budak sekolah (kita percaya dari sekolah pondok berhampiran) di arah untuk menyertai perarakan calon PAS ke tempat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda Kuala Besut.
Pada mata yang betul, tindakan macam ini adalah satu eksploitasi kanak-kanak yang jelas.  Politik kepartian bukan untuk budak-budak bawah umur yang perlu menumpukan sepenuh masa mereka kepada pelajaran mereka, bukan berpolitik.  Kalau alasannya nak bagi exposal pun, apa awal sangat, kalau budak-budak ini dah di tahap universiti tu lainlah cerita.
Bagaimanapun yakinlah, PAS bukan peduli pun semua tu.  Pada dia, apa pun yang dia buat betul belaka, jangan orang lain buat benda yang sama, ohh..itu salah dan berdosa.
Penulis pun hairan, kemana perginya pertubuhan-pertubuhan sukarela dan bukan kerajaan yang menjaga hak asasi kanak-kanak di negara kita ini.  Suhakam yang begitu prihatin kalau ada perusuh yang tertelan asap pemedih mata (konon menjaga hak asasi manusia perusuh terbabit), macam orang bisu dalam kes ini.
Yang dibawa mak bapak masing-masing tu satu hal lah, yang budak dari sekolah pondok tu, macam mana pulak?  Itu kalau tak sebab dipaksa guru sekolah pondok berkenaan, memang tak perginya budak-budak tu, dia tidur kat rumah lagi baik.
Apatah lagi dalam bulan puasa sekarang bila aktiviti luar macam ini hanya akan menyebabkan budak-budak itu kepenatan.  Adakah PAS fikir semua ini.
Penulis rasa sudah sampai masanya undang-undang berkaitan diperkemaskan lagi.
Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan Parlimen tahun sudah sepatutnya sudah cukup untuk menangani perbuatan mengeksploitasi budak-budak untuk tujuan politik macam ini, tapi malangnya penulis lihat diperingkat penguatkuasaan, masih banyak yang kekurangan.





No comments:

Post a Comment