Pages

Wednesday, 10 July 2013

PUASA KE PAS DI BULAN RAMADHAN ???


Bila masuk sahaja bulan Ramadhan, semua umat islam sedia maklum bahawasanya umat islam di wajibkan berpuasa. Berpuasa bukan sahaja untuk menahan lapar dan dahaga, malahan kita di wajibkan menahan segala nafsu yang kita ada. Apa kaitannya cerita aku ni dengan PAS ?  hehe.. tentu ada kaitannya..

Seperti yang kita sedia maklum parti PAS terkenal dengan maki hamunnya terhadap pemimpin UMNO demi untuk menunjukkan merekalah yang hebat di mata rakyat kononnya. Akan tetapi, bila masuk bulan yang mulia ini, adakah pemimpin PAS akan berhenti seketika dari memaki hamun dan menfitnah pemimpin UMNO di dalam bulan yang mulia ini ? jawapan hanya akan anda ketahui pada pilihanraya kecil kuala besut dan bila anda membaca paper Harakah. 

Inikah perjuangan Islam yang di laung-laungkan selama ini ? sepatutnya rakyat yang terang hati dapat menilai perkara penting ini dari dahulu lagi. Tapi sayangnya ada juga segelintir rakyat malaysia yang tidak memandang perkara ini dengan serius. Jadi, dari kelemahan umat islam kita sekarang telah di ambil kesempatan oleh cina DAP untuk meracun dan merosakkan lagi pemikiran umat islam supaya lebih berkeceramuk agar dapat menambahkan dendam lagi sesama islam.

Pernahkah kita sedari akan perkara ini ? jika kita sedari apa tindakan kita sebagai umat islam tidak kira kita ini dari parti UMNO mahu pun PAS ? adakah kita hanya mampu mengakuinya sahaja atau kita hanya berdiam diri tanpa ada apa-apa tindakan mencegah ?

Aku tak pandai nak berceloteh panjang, jadi aku menyeru supaya kita berhati-hati dengan setiap tindakan kita di bulan ramadhan agar kita tidak terperangkap di dalam setiap tipu muslihat DAP untuk menghancurkan perpaduan umat islam.

Akhir sekali aku doakan agar PAS menemui jalan kebenaran pada bulan ramadhan kali ini...



No comments:

Post a Comment