Pages

Thursday, 22 August 2013

30 RIBU PEMINAT METALLICA DI HIBURKAN ???




Kumpulan thrash metal veteran dari San Francisco, Amerika Syarikat, Metallica berjaya menghiburkan hampir 30,000 peminat pada konsert pertama mereka di negara ini yang berlangsung di Stadium Merdeka, di sini semalam.

Metallica yang dianggotai oleh James Hetfields selaku vokalis dan gitaris, Lars Ulrich (dram), Kirk Hammett (gitaris) dan Robert Trujilo (bassis) itu beraksi selama kira-kira dua jam 20 minit tanpa henti buat para peminat yang lama menantikan konsert tersebut.
“Sudah 31 tahun Metallica ditubuhkan dan kumpulan ini sudah agak lama dalam industri ini.

“Saya pasti selama itu anda semua menantikan konsert ini dan yakin kami masih belum terlambat untuk menghiburkan anda di sini," kata James Hetfields pada konsert yang mengenakan tiket berharga dari RM198 hingga RM650 itu.

Pada konsert anjuran Galaxy itu, Metallica mempersembah sebanyak 19 buah lagu yang dipetik daripada album pertama mereka, Kill 'em All (1983) sehinggalah Death Magnetic (2009) yang mana lebih 70 peratus daripadanya adalah lagu-lagu klasik kumpulan terbabit.

Antara lagu yang dibawakan oleh Metallica bertajuk Hits The Light, Master of Puppets, Harvester of Sorrow, Fade To Black, Ride The Lightning, Welcome Home (Sanitarium), Sad But True, Orion, One, For Whom The Bell Toll, Blackened, Battery dan Seek and Destroy.




No comments:

Post a Comment