Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan mengugut ibunya menggunakan sebilah pisau pada Jumaat lalu.
Tertuduh, Ariff Affendi Kamarul Zaman, 29, membuat pengakuan tersebut ketika dihadapkan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.
Dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengacukan sebilah pisau kepada ibunya, Hasmah Hussain, 62, dengan niat hendak menyebabkan ketakutan yang mendatangkan cedera atau kematian kepada mangsa di rumah mereka di Kampung Surau Kota, di sini, pada 2.15 petang, Jumaat lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
No comments:
Post a Comment