Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
Pengerusi DAP, Karpal Singh dicabar mengambil tindakan saman fitnah
terhadap bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr. Mazlan
Ismail berhubung pelbagai pendedahan melibatkan mereka menerusi 6,000
keping surat misteri semalam.
Bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, tindakan itu
bagi mengelak pelbagai spekulasi yang boleh mendatangkan kesan tidak
baik kepada kedua-dua pemimpin berkenaan.
Apatah lagi, kata beliau, Karpal sendiri sudah menafikan tuduhan yang
terkandung dalam surat-surat tersebut dengan dakwaan kandungannya tidak
berasas.
"Karpal juga telah memberi amaran kepada Dr. Mazlan untuk bersedia menghadapi akibatnya.
"Memandangkan tuduhan itu serius, maka Anwar dan Karpal tidak perlu
teragak-agak memulakan saman fitnah terhadap Dr. Mazlan sebagai usaha
membersihkan nama mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Choo Keong mengulas kemunculan surat misteri itu yang mendedahkan
'urus niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pembangkang berkenaan yang
menimbulkan tanda tanya penduduk di Permatang Pauh.
Surat lapan halaman yang tertera Untuk Pengundi Permatang Pauh dan
dihantar ke rumah penduduk sejak beberapa hari lalu itu antara lain
mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Anwar.
No comments:
Post a Comment