Pages

Wednesday, 7 August 2013

AZMIN ALI KANTOI KENA TANGKAP TAK PUASA ???





Lagak bersahaja seorang lelaki berusia 43 tahun menghabiskan kunyahan makanan dalam mulutnya sebelum mencuci dan mengelap tangan menyebabkan dia ditahan sepasukan anggota penguat kuasa yang melakukan operasi sekitar daerah, semalam.


Lelaki terbabit yang ditahan sedang makan di sebuah restoran di Padang Temusu kira-kira jam 11 pagi semalam dengan selamba bangun, cuci dan lap tangan ketika diserbu penguat kuasa Pejabat Agama dan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

Ketika ditanya mengapa dia tidak melarikan diri bersama kira-kira lima lelaki lain, dia menjelaskan tidak sanggup berbuat demikian kerana melakukan kesalahan iaitu makan di siang hari ketika umat Islam berpuasa. Disebabkan itu, dia rela ditahan.

Pemandu bas sekolah yang menetap di Taman Keladi, Sungai Petani itu kemudian dibawa ke Balai Polis Sungai Petani sebelum dikenakan tindakan mahkamah atas kesalahan yang dilakukan.

Sementara itu, operasi seterusnya tertumpu ke Pinang Tunggal dekat Taman Kempas di mana tiga wanita termasuk seorang remaja perempuan sedang rancak menyediakan juadah untuk orang ramai.

Pelbagai juadah tersedia termasuk ikan goreng, ayam goreng serta nasi dalam periuk besar yang hanya tinggal separuh.

Selain itu, serbuan dekat sebuah lokasi berdekatan Jalan Kuala Ketil, Pekan Lama Sungai Petani mendapati seorang lelaki sedang menyediakan masakan pelbagai juadah.

Bagaimanapun, tindakan lelaki terbabit yang mahu melepaskan diri dengan menggunakan nama seperti mendapat kebenaran beberapa orang pegawai agama dan pegawai MPSPK tidak berjaya mengelakkan diri dari dikenakan kompaun terhadapnya.


Oppsss.....   La... Aku ingatkan betul la azmin ali tadi.... hampeh...

SUMBER

No comments:

Post a Comment