Pages

Sunday, 18 August 2013

SENDIKIT DAN STRATEGI KRISTIAN MEMURTADKAN ORANG ISLAM TERBONGKAR !!!


Strategi 'kontekstualisasi' iaitu mengekalkan identiti serta nilai-nilai kehidupan asal seseorang yang beragama Islam sedang giat disebarkan di negara ini untuk mendorong orang Melayu murtad.

Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat), A. Karim Omar berkata, strategi halus untuk mengkristiankan orang Melayu itu membolehkan golongan berkenaan berterusan berada dekat dengan kehidupan serta keluarga masyarakat Islam.

Menurut A. Karim, strategi itu bukan lagi rahsia kerana satu kajian di peringkat ijazah doktor falsafah mengenai kehidupan masyarakat Melayu Kristian di Malaysia telah dilakukan oleh seorang paderi di Amerika Syarikat (AS).

"Paderi ini telah menemubual sekitar 20 orang Melayu yang menjadi Kristian dan antara penemuannya di dalam kajian itu adalah tiada tanda salib atau Bible dalam rumah orang terbabit.

"Selain itu, ada antara golongan murtad itu mengaku mengikut ayah pergi ke masjid, berpuasa serta solat di rumah macam orang Muslim biasa," katanya dalam Wacana Agenda Kristian Sedunia: Rujukan Khas Malaysia di sini hari ini.







No comments:

Post a Comment