Pages

Wednesday, 28 August 2013

SINGAPURA DI TANDUK SELADANG !!! WAKAKAWAKAKA....



JARINGAN tunggal Azlan Ismail m-10 memastikan Perak mengungguli Kumpulan D sekali gus merencatkan impian Lions XII yang ingin mencipta gelaran double selepas mendakap Liga Super.

Manakala, Kedah dan Sarawak berkongsi mata walaupun Baddrol Bakhtiar memecah kebuntuan gol namun dibatalkan penjaga garisan kerana di dakwa offside.

Pasukan Selangor dan Lions XII sudah boleh mengucapkan selamat jalan bagi kempen Piala Malaysia 2013 apabila tewas dalam aksi ketiga peringkat kumpulan malam tadi.

Tiga gol Sime Darby menerusi Karlo Primorac (22 dan 29) dan Fazrul Hazli (72) kian meranapkan Misi 33 yang dicanang Persatuan Bola Sepak Selangor manakala enam gol terhasil di Pasir Gudang apabila Johor dan Angkatan Tentera Malaysia seri 3-3 pada aksi Kumpulan A.

Johor memperoleh jaringan menerusi Ezaidy Khadar (42), Farid Ideris (48), Fitri Omar (80, gol sendiri) manakala Shukor Adan (53) dan Marlon Alex James (73 dan 79) untuk ATM.

Aksi Kumpulan B menyaksikan PKNS semakin menghampiri slot suku akhir selepas mudah membenam Felda United 2-0 hasil sentuhan gol Patrick Wleh Ronaldinho m-35 dan m-51.

Sementara, Johor Darul Takzim mencipta kemenangan kedua mengalahkan T-Team 3-2 di Kuala Terengganu.

Gol T-Team dihasilkan Ahmad Syamim Yahya m-49 dan Fazuan Abdullah m-79 manakala Johor DT Muhd Hadin Azman (25), Safee Sali (29) dan Norshahrul Idlan Talaha (61).

Kelantan mensia-siakan kelebihan awal gol Dickson Nwaekame m-40 apabila Leandro Barbosa Fabio menyamakan kedudukan m-60 untuk Negeri Sembilan di Paroi bagi saingan Kumpulan C.

Keputusan seri juga berlaku dengan Pahang mengikat Terengganu 1-1 di Kuantan dengan Mathias Conti memadamkan jaringan pendahuluan Ashaari Samsuddin.



No comments:

Post a Comment