Kekayaan Anwar Ibrahim sudah lama menjadi tandatanya ramai.Kehidupan
Anwar sekeluarga yang mewah amat menghairankan kita semua.Walaupun Wan
Azizah tidak pernah dipersoal mengenai barang kemas dan gaya yang mewah
tetapi umum sedia maklum bahawa beliau bukanlah ‘sengkek’ atau
hidup dalam keadaan sederhana.Malah,kehidupan mereka sekeluarga adalah
melebihi tahap kemewahan yang logik dicapai oleh seorang bekas Perdana
Menteri dan bekas banduan.Anwar mampu mempunyai pengawal peribadi yang
ramai serta mampu pula keluar negara berpuluh kali setahun.Ketika beliau
di penjara,anak-anaknya masih ramai yang sedang belajar.Ramai di antara
mereka pula belajar di luar negara.Pendek kata,kemewahan Anwar boleh
dikatakan mengatasi Perdana Menteri memandangkan beliau tidak lagi
mendapat kemudahan dari kerajaan.
Kemewahan Anwar membuatkan pembangkang tidak berhak menjadikan isu ‘pemimpin BN hidup mewah’
sebagai salah satu peluru untuk menembak kerajaan.Apatah lagi dengan
perkembangan terbaru melalui surat-surat layang yang mendedahkan
transaksi kewangan Anwar.Surat lapan halaman yang tertera Untuk Pengundi
Permatang Pauh dan dihantar ke rumah-rumah penduduk sejak beberapa hari
lalu itu antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang
didakwa milik Anwar.Penduduk kemudian memutuskan untuk menyerahkan surat
bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal berkenaan kepada bekas calon Barisan
Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13), Dr. Mazlan Ismail.Jika selama ini kita tertanya-tanya berapa
agaknya kos guaman Anwar maka kini kita sudah mendapat gambarannya iaitu
mencapai angka RM50 juta.
Jumlah ini amat munasabah memandangkan sebahagian besar hidup Anwar
adalah meliputi kes-kes mahkamah dari kes liwat,salahguna kuasa,video
seks serta fitnah.Pastinya,siapa saja yang menulisnya mempunyai akses
kepada data peribadi Anwar dan jika Anwar menyaman mereka ini samalah
seperti beliau menjerat diri sendiri.Justeru,Anwar memilih untuk bermain
wayang iaitu ingin menyaman pihak yang melaporkannya dan bukannya
mencari atau menyaman pihak yang menulisnya.Apapun,tindakan menyaman
sesiapa tidak akan mampu menghapuskan kemusykilan rakyat.Jika kos guaman
sahaja sudah menjangkau sebegitu banyak,tidak termasuk tanggungan dan
kos sara hidup yang mewah dengan aktiviti-aktiviti politik yang
melangkaui sempadan negara,maka berapa banyakkah sebenarnya harta Anwar
Ibrahim sekeluarga ???
Sebelum ini,terdapat pendedahan dari berbagai pihak tentang bagaimana
Anwar menyalahguna kuasa Menteri Kewangan ke atas Bank Negara.Selain
itu,terdapat juga pendedahan bagaimana Wan Azizah turut menerima
sejumlah wang dari Estrada iaitu bekas Presiden Filipina bagi membantu
aktiviti politik Keadilan dan pembebasan Anwar tetapi khabarnya tidak
sesen pun dari wang itu masuk ke parti.Kita juga tidak lupa tentang
pendedahan bagaimana wang diterima melalui Thailand dari pihak-pihak
tertentu di luar negara yang ingin meletakkan Anwar sebagai pemimpin
boneka.
Oleh itu, dengan melihat dari kemewahan Anwar,rasanya tidak salah jika
rakyat menganggap semua pendedahan di atas sebagai benar belaka.
No comments:
Post a Comment