Rangkaian televisyen Astro kini telah melancarkan saluran baru
berjudul A-List (saluran 456) yang menyiarkan filem-filem alternatif
yang mendapat pengiktirafan oleh festival-festival filem antarabangsa di
serata dunia.
Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, permintaan masyarakat
Malaysia untuk menonton filem-filem berbentuk indie atau alternatif
dari seluruh dunia kian meningkat dan saluran A-List bertujuan memenuhi
permintaan tersebut.
"Selain daripada filem-filem arus perdana keluaran Hollywood, masih
terdapat banyak lagi filem berkualiti lain yang menekankan aspek seni
dan budaya dan melalui saluran baru ini, peminat filem sedemikian
berpeluang untuk menontonnya," katanya.
Bermula Oktober ini, saluran A-List akan menyiarkan sebanyak lapan
buah filem dalam bahasa asal mereka berserta pilihan sarikata
bersesuaian dengan kehendak penonton Malaysia.
No comments:
Post a Comment