Pages

Monday, 30 September 2013

DAH JELAS KOO MENG MEMANG NAK BANGSATKAN BANGSA MELAYU !!!



Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming diminta memperjelas mengenai status akaun Facebook miliknya baru-baru ini yang dilihat seolah-olah menyokong kempen boikot barangan keluaran syarikat bumiputera.
Sambil menyifatkan perbuatan itu keterlaluan, Pengerusi Persatuan Muka Buku Pulau Pinang (PMBPP), Salleh Ismail berkata, Kor Ming perlu memperjelas niat sebenar beliau berbuat demikian.
"Kita mahu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng siasat perkara ini dan sekiranya terbukti benar, tindakan tegas perlu diambil terhadap Kor Ming.

"Mengapa harus boikot produk bumiputera? Adakah kerana tidak berkualiti atau Kor Ming tidak boleh melihat orang Melayu dan bumiputera maju setanding orang Cina?" katanya kepada pemberita selepas Kempen Jom Makan Roti Gardenia di Padang Kota Lama, di sini semalam.

Dalam program itu, PMBPP mengagihkan sebanyak 500 buku roti produk terbaharu keluaran Gardenia iaitu Cranberries Milk Raspberry sebagai tanda sokongan terhadap produk keluaran syarikat bumiputera.
Sebelum ini, pengguna laman sosial dikejutkan dengan kempen mengenai kualiti roti yang dikeluarkan beberapa syarikat dengan roti keluaran bumiputera didakwa kononnya tidak bermutu tinggi.
Mengulas mengenai kempen mengagihkan roti keluaran Gardenia, Salleh berkata, usaha tersebut bertujuan menyokong produk bumiputera selain sebagai maklum balas kepada kempen memboikot barangan bumiputera oleh pihak tertentu.

"Kita sedar kempen ini pada mulanya digerakkan Red Bean Army melalui laman Facebook. Namun, sekarang turut disokong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan itu tidak sepatutnya berlaku," katanya.




No comments:

Post a Comment