Dua ahli DAP telah memfailkan dua writ saman terhadap Setiausaha
Agung parti berkenaan, Lim Guan Eng di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
semalam berhubung pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu
yang dijadualkan berlangsung esok.
Writ saman yang dikemukakan oleh Setiausaha DAP cawangan Ladang
Paroi, K. Mahendran serta Pengerusi DAP Taman Dahlia, Seremban, Richard
Francis kira-kira 4.30 petang semalam meminta Guan Eng menyenaraikan
2,576 nama yang akan menghadiri pemilihan selain membuktikan 3,561 notis
yang telah dihantar kepada delegasi bagi menghadiri CEC berkenaan.
Richard ketika ditemui pemberita menjelaskan, sehingga kini kedua-dua
perkara berkenaan masih gagal untuk dikemukakan bukan sahaja kepada
ahli malah kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) walaupun telah berkali-kali
di minta.
''Jadi selaku ahli yang sah untuk menghadiri CEC, kami bertegas
meminta mereka mengemukakan kedua-dua bukti berkenaan tersebut di
mahkamah dan jika benar, mereka tidak perlulah lambat atau berdolak
dalik mengenai perkara itu," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan demonstrasi aman di
Dataran Seremban bersama lebih 30 ahli parti DAP dekat sini hari ini
yang turut dihadiri oleh Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David
Dass.
Dalam pada itu, David ketika ditemui pemberita juga memberitahu,
beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap pemimpin tertinggi DAP yang
menganggapnya sebagai pengkhianat menerusi satu surat notis berserta
pesanan yang diterimanya baru-baru ini.
Katanya, segala usaha yang dibuat selama ini adalah untuk
membersihkan imej parti yang tercalar berhubung penyelewengan CEC pada
tahun lalu sehingga menyebabkan jawatan kuasa sedia ada tidak sah oleh
ROS.
''Dalam surat ini juga secara terang-terangan menyalahkan ROS yang
dikawal oleh UMNO. Mengapa kenyataan ini perlu dibangkit sedangkan yang
membuat laporan adalah saya? Jadi, salahkah saya mendedahkan perkara
yang benar?," katanya.
No comments:
Post a Comment