Pages

Monday, 16 September 2013

EGO PAS MAKAN DIRI SENDIRI !!!



Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam negeri ini menyifatkan konsep tahaluf siyasi Pas dengan pakatan pembangkang sebagai jerat yang memakan diri sendiri.
Pengerusi Badan Bertindak Agama Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff berkata, sebelum ini banyak pihak membantah kerjasama tersebut tetapi tidak dipedulikan Pas kerana sikap ego.

"Sebagai gerakan Islam, Pas sepatutnya bertahaluf siyasi dengan orang Islam, bukan dengan penentang Islam. Dalam konteks negara ini tahaluf siyasi Pas itu adalah lebih relevan jika bersama UMNO.
"Kaedah ini sememangnya bertepatan dengan konsep atau tuntutan Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendirian Dewan Ulama Pas supaya parti itu menyemak semula tahaluf siyasi bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikatakan menyebabkan pengaruh parti tersebut semakin lemah.
Sementara itu, aktivis Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang berkata, masa depan Pas semakin lemah sekiranya terus bekerjasama dengan parti yang tidak sama wadah perjuangannya.
Menurutnya, wawasan Pas lebih relevan sekiranya melaksanakan konsep tahaluf siyasi bersama UMNO yang konsisten mempertahan kedaulatan agama Islam di negara ini.

"Pas dilihat lebih berintegriti jika mengkaji semula konsep ini untuk bersatu dengan UMNO untuk memudahkan parti itu merencanakan wadah Islam yang diperjuangkan selama ini.










No comments:

Post a Comment