Pages

Saturday, 7 September 2013

GAMBAR SEKITAR MAJLIS JAMUAN RAYA PEMUDA UMNO IPOH TIMOR !!!



Bertempat di restoran simpang 3 greentown ipoh telah di adakan satu majlis jamuan hari raya anjuran pemuda umno ipoh timor. Aku berkesempatan telah hadir pada jamuan ini yang sememangnya sungguh meriah dengan kehadiran tetamu yang sangat ramai. 

Majlis telah bermula pada pukul 9 malam, walaupun aku sampai pada pukul 9.15 dapat aku lihat tetamu telah hadir dengan begitu ramai pada awal majlis lagi. Terima kasih aku ucapkan pada ketua pemuda umno ipoh timor saudara hairul anwar yang telah menjemput aku ke majlis yang amat meriah ini.

Aku tak dapat menceritakan suasana penuh majlis ini kerana aku terpaksa meninggalkan majlis dengan awal kerana mempunyai tugasan yang lain lagi. 

Antara keunikan majlis ini, tetamu telah di hiburkan persembahan istimewa oleh artis rock lama iaitu kumpulan teja yang kini telah bersatu kembali dan juga persembahan bunga api.

Dapat aku lihat ramai tetamu-tetamu dari bahagian lain telah hadir pada majlis ini, antaranya pemuda umno ipoh barat, gopeng, kuala kangsar, grik, lenggong, batu gajah, kampung gajah, manjong. Semoga majlis sebegini dapat di teruskan lagi pada masa hadapan demi untuk mengeratkan silaturrahim di antara pemuda umno seluruh ipoh timor dan negeri perak. 

Psstt.... Dalam banyak2 jamuan raya pemuda umno peringkat bahagian, jamuan pemuda umno ipoh yang paling terbaikkk.... Caya lah...







No comments:

Post a Comment