Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed akan mengambil tindakan
undang-undang terhadap penulis artikel dalam portal berita, The
Malaysian Insider yang mengaitkannya dengan kumpulan kongsi gelap, Tiga
Line.
Menurutnya, beliau sudah membaca artikel bertajuk "Will PM Najib exert leadership over errant minister Zahid?" tulisan Kim Quek yang disiarkan portal berita berkenaan semalam dan mendapati ada unsur fitnah dalam rencana itu.
Tambahnya, beliau sudah berbincang dengan peguam dan akan mendapatkan
nasihat terperinci sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap
penulis artikel berkenaan.
"Dia (penulis rencana) tidak berada dalam majlis itu dan menulis
artikel berkenaan semata-mata berdasarkan video yang dimuat naik dalam
portal berita Malaysiakini dengan terus mengaitkan saya terbabit dalam kumpulan kongsi gelap, Tiga Line.
"Saya berada di sana atas jemputan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan keseluruhan ucapan beliau tidak seperti
ditulis dalam artikel berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari
ini.
Selain Nur Jazlan, penulis artikel itu turut mengaitkan nama Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Pengerusi
Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ahli Parlimen
Lenggong, Shamsul Anuar Nasarah dengan kumpulan kongsi gelap tersebut.
No comments:
Post a Comment