DAP adalah parti politik yang paling galak mempolitikkan isu kalimah
Allah ini, kita semua tahu pun, bukan rahsia lagi. Tukang bikin panas,
Anwar Ibrahim, ini pun kita semua tahu juga. Yang jadi macai sokong buta
tuli pun kita tahu, PAS – parti yang kononnya memperjuangkan Islam.
Tapi kita tak sangka DAP bersungguh betul mempolitikkan isu kalimah Allah ini sampaikan perintah Mahkamah pun nak dilanggarnya. ini penulis merujuk kepada kenyataan terbaru Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming yang berkeras mahu orang Kristian menggunakan kalimah Allah di gereja walaupun setelah perintah Mahkamah ini.
Ong Kian Ming dipetik sebagai berkata “Penganut Kristian di negara ini akan tetap menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan kepada tuhan mereka meskipun keputusan Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebaliknya dalam kes majalah mingguan terbitan gereja, The Herald semalam”.
Lagi tambah mendidih darah kita bila Mahkamah Rayuan tidak pun memberikan perintah penangguhan sementara menanti rayuan di Mahkamah Persekutuan. Maksudnya, sama ada Mahkamah Persekutuan buat keputusan atau tidak, perintah itu sudah terpakai dan orang Kristian dilarang guna kalimah Allah dalam gereja.
Itupun DAP berani langgar juga, kata ramai sangat peguam?
Juteru penulis mahu lihat DAP ini dikenakan tindakan, atau kalau kenyataan Ong Kian Ming itu tidak mewakili pendirian rasmi parti tersebut, maka dia tu yang dikenakan tindakan. Kalau tidak, kita anggap parti ini sudah bergerak dari jadi parti perkauman kepada parti yang mengapi-apikan sentimen keagamaan.
Tak payahlah penulis sebutkan bagaimana bahayanya perkara ini. Mahu tidak mahu, kita perlu tangani isu ini dengan segera sebelum menjadi lebih parah, yang akhirnya boleh menyebabkan keamanan dan keselamatan rakyat di negara kita terancam.
Hanya kerana DAP atau Ong Kian Ming tidak mahu patuh pada undang-undang.

No comments:
Post a Comment