Pages

Wednesday, 9 October 2013

HARGA SARAPAN PAGI PEMIMPIN PAS BERHARGA RM 6000 !!! MACAM GAMPANG......



Peniaga cekik darah di Kota Bharu. Sekumpulan VVIP yang terdiri dari 50 orang dikenakan caj RM6000 oleh sebuah restoran di Jalan Pengkalan Chepa. Tentunya boleh menjejaskan imej KB. Maksudnya seorang makan RM120 untuk sarapan pagi yang terdiri ayam goreng kampung dan gulai itik serati, di samping sayuran-sayuran dan beberapa lauk-pauk. Super cekik darah!!

PDNKK telah menyerbu restoran tersebut, dikenakan kompaun tetapi tak dinyatakan jumlanya. Peniaga boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah 3 (1) Akta Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 dengan penalti RM250,000 dan kompaun maksimum RM175,000, kata pegawai PDNKK. Lauk pauk dan makanan bernilai hampir RM6000 turut dirampas.

Teringat pula kisah kepala ikan tongkol RM45 sebelum ini di Kuala Terengganu. Peniaga kena juga ingat tentang halal dan berkat. Jangan nak tahu sapu saja. Tapi dikhabarkan restoran ni dah lama beroperasi dengan mengenakan harga yang tak sepatutnya kepada pelanggan???

SUMBER

No comments:

Post a Comment