Kerajaan menolak permohonan penganjuran Konsert Kesha Warrior Tour
di Stadium Negara esok berikutan didapati menyentuh sensitiviti agama
serta nilai-nilai budaya masyarakat Malaysia.
Unit Komunikasi Korporat Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam
kenyataan ringkasnya hari ini berkata, mesyuarat jawatankuasa pusat
permohonan pengambaran filem dan persembahan artis luar negara pada 1
Oktober lalu menolak permohonan konsert itu.
Menurut kenyataan itu, pihak penganjur telah dimaklumkan mengenai
pembatalan konsert tersebut sehari selepas keputusan mesyuarat.
No comments:
Post a Comment