Pages

Monday, 7 October 2013

PELACUR AMERIKA GELAKKAN ANWAR IBRAHIM !!! KAH..KAH..KAH...



Lawatan rasmi Perdana Menteri ke New York baru-baru ini berjaya memberi kefahaman mengenai konsep al wasatiyyah atau kesederhanaan yang menjadi tunjang kepada pentadbiran transformasi negara.

Selain usaha menarik para pelabur ke Malaysia, Datuk Seri Najib juga menegaskan pendirian kerajaan dalam beberapa isu antarabangsa khususnya dalam konflik di Syria dan Mesir dalam ucapannya pada persidangan tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.


Kunjungan ke PBB merupakan merupakan acara tahunan yang dilakukan oleh hampir setiap ketua kerajaan di seluruh dunia atas kapasiti negara tersebut menjadi anggota PBB.


Di pentas antarabangsa itulah pelbagai isu dan masalah global dibincang atau diketengahkan bagi perhatian pemimpin-pemimpin dunia serta masyarakat antarabangsa.


Lucunya Anwar Ibrahim juga terhegeh-hegeh berkunjung ke New York seiring dengan kunjungan Perdana Menteri.




Sudah tentu lawatan Anwar hanya sekadar lawatan sosial dan tidak kena mengena dengan persidangan PBB kerana beliau hanya sekadar menjadi Ketua Parlimen di Parlimen dan bukannya ketua kerajaan.


Yang menariknya wakil rakyat Permatang Pauh itu berlagak seolah-oleh beliaulah yang menjadi Perdana Menteri dan mewakili Malaysia di PBB.


Tindakan beliau itu bukan sahaja diketawakan tetapi juga mencerminkan status mentalitinya.


Bukankah tindakan Anwar bersaing dengan Datuk Seri Najib menunjukkan sikap kecewa yang amat mendalam bagi seorang yang telah gagal menjadi Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.


Kenyataan Anwar meminta Presiden Barack Obama masuk campur tangan dalam isu keputusan PRU jelas membuktikan bekas banduan penjara Sg Buloh itu hanya mempunyai agenda peribadi dan bukannya bertindak atas kepentingan negara.


Tidak kedengaran ada wakil pembangkang mana-mana negara yang juga berkunjung ke PBB semasa ketua negara atau kerajaannya juga berada di New York.


Anwar cuba menjadi hero dengan menimbulkan pelbagai isu yang tidak relevan langsung dengan agenda PBB yang lebih besar dan bersifat sejagat.


Isu rasuah dan penyelewengan yang cuba dibelit semasa di New York adalah masalah dalaman yang bukan sahaja fenomena yang dihadapi oleh Malaysia tetapi juga oleh setiap negara di seluruh dunia.


Perkara remeh yang diangkat oleh Anwar dalam kenyataannya di luar negara memperlihatkan tekanan perasaan yang dilaluinya kerana rakyat menolak pakatan pembangkang yang dipimpinnya semasa pilihanraya lalu.


Anwar cuba menonjolkan imej sebagai pemimpin berstatus antarabangsa berindentitikan Islam untuk mengaburi mata masyarakat dunia.


Bagaimana pun jika dikaji dengan lebih mendalam secara lebih dekat, Anwar hanyalah seorang politikus murahan yang penuh dengan kepura-puraan.


Menuduh kerajaan Barisan Nasional korup tetapi beliaulah antara individu paling korup semasa memegang kuasa di dalam kerajaan satu ketika dahulu.


Juga bercakap membela rakyat tetapi Anwar lah yang pernah membuat beberapa keputusan memeritkan penderitaan rakyat ketika menjadi Menteri Kewangan.


Kini setelah memimpin kumpulan pembangkang Anwar mahu menukar imej sebagai seorang tokoh yang memperjuangkan nasib rakyat dan golongan marhaen.


Ini kerana beliau tidak lagi berada di tampuk kuasa untuk berjuang bagi menjaga kepentingan kaum keluarga dan suku sakat kroninya.


Kenapa Anwar tiba-tiba diam membisu ketika kerajaan menaikkan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 20 sen baru-baru ini?


Kalau dahulu beliaulah hendak menunjukkan sebagai pembela rakyat dengan janji menurunkan harga minyak jika berjaya menjadi Perdana Menteri tetapi kini senyap sepi.


Inikah sikap kepedulian yang ditunjukkan Anwar sekadar di pentas ceramah politik sahaja tetapi apabila gagal mencapai impian terus rakyat dilupakan begitu?


Hakikatnya rakyat sudah pun menolak Anwar termasuk cita-citanya menjadi Perdana Menteri.


Rakan sekutu politik, DAP dan PAS pun sudah mula mempersoalkan keberkesanan Anwar sebagai Ketua Pembangkang yang hanya pandai bermain kata-kata di bibir sahaja tetapi gagal melaksanakan apa yang dijanjikan.


Cubaan untuk guna PBB juga gagal kerana tidak seorang pun pemimpin kerajaan Amerika yang memberi respons kepada apa yang dilaungkan di New York.


Pada mereka Anwar sudah menjadi ‘spent force’ atau bak kata pepatah Melayu, ‘habis santan hampas dibuang’, dan beliau adalah hampasnya.- AIDC NEWS





No comments:

Post a Comment