Pages

Thursday, 14 November 2013

AMARAN UNTUK SEMUA WANITA YANG LEKA DI ALAM MAYA !!!



Polis menahan reman seorang remaja lelaki berusia 18 tahun bagi membantu siasatan kes rogol seorang gadis di bawah umur di Kampung Tali Air 9, Sekinchan di sini pada 3 November lalu.
 
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supritendan Noor Mushar Muhammad berkata, suspek ditahan di rumahnya di Kampung Parit 7, di sini kira-kira pukul 12.10 tengah hari ini.

Katanya, penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa pukul 11 malam semalam yang mendakwa anak gadisnya berusia 15 tahun telah dirogol suspek.

"Mangsa dipercayai mengenali suspek sejak sebulan lalu melalui laman sosial. Mereka dikatakan sering berhubung antara satu sama lain sebelum kedua-dua mereka berjumpa.

"Dalam pertemuan kedua, kedua-kedua mereka keluar makan tetapi mengambil keputusan singgah di rumah rakan suspek kerana hari hujan," katanya di sini hari ini.

Tambah Noor Mushar, ketika di rumah berkenaan, suspek dipercayai telah memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seks.

"Suspek ditahan reman tujuh hari manakala kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol," ujar beliau.






1 comment:

  1. Salah budak perempuan tu dia keluar tanpa beritahu ibubapanya,sepatutnya dia kena temukan budak lelaki tu pada keluarganya kemudian baru le boleh keluar.

    ReplyDelete