Pages

Tuesday, 12 November 2013

LELAKI INDONESIA MENYAMUN DAN TERUS JATUH LONGKANG !!!



Kuala Lipis: Seorang penjenayah cedera di muka dan kepala selepas terjatuh ke dalam longkang ketika bergelut dengan penduduk kampung dalam kejadian di Padang Tengku, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, penjenayah dipercayai warga Indonesia terbabit dikatakan terjatuh ke dalam longkang sebelum diberkas, manakala dua lagi rakannya sempat memboloskan diri bersama hasil samun membabitkan seutas rantai bernilai RM1,800.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Deputi Superintendan Zakaria Kassim berkata, sebelum kejadian, ketiga-tiga suspek yang memakai topeng dikatakan memotong besi tingkap dapur rumah mangsa sebelum masuk secara bergilir-gilir.

Menurutnya, ketika berada di dalam rumah itu, mangsa seorang penoreh getah berusia 41 tahun dikatakan tersedar daripada tidur selepas mukanya ditekup seorang daripada suspek.

Katanya, mangsa menjerit dan melaungkan ‘Allahuakbar’ sebanyak tiga kali menyebabkan suspek terkejut sebelum berlaku pergelutan dengan mangsa.

“Akibat pergelutan itu, mangsa cedera di dahi dipercayai terkena libasan parang yang dipegang seorang daripada suspek.
“Siasatan awal mendapati, ketika ketiga-tiga suspek cuba melarikan diri, abang ipar mangsa berusia 45 tahun yang tinggal berhampiran terdengar jeritan sebelum bergegas keluar membuat pemeriksaan,” katanya, semalam.

Menurutnya, abang ipar mangsa cuba diserang seorang daripada suspek yang bersenjatakan sebatang parang, namun berjaya mengelak mengakibatkan penjenayah itu tersungkur ke dalam longkang.
Katanya, suspek tidak sedarkan diri akibat terhantuk pada batu longkang sebelum diberkas abang ipar mangsa sejurus kemudian.

Zakaria berkata, pada masa sama, dua lagi penjenayah yang panik melihat rakan mereka pengsan, melarikan diri manakala suspek dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), Temerloh.




No comments:

Post a Comment