Lebih 50 penyokong pasukan Kelantan dan Pahang ditahan setakat pukul 5
petang ini atas kesalahan menggunakan tiket palsu dan membawa bahan
larangan seperti mercun serta bunga api ke Stadium Shah Alam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, jumlah anggota
polis mencukupi bagi memantau keadaan dan keselamatan di kawasan stadium
sepanjang perlawanan itu.
"Ingin saya nasihatkan kedua-dua penyokong agar jangan membuat
sesuatu perkara yang boleh menimbulkan kekacauan atau membawa barangan
terlarang ke dalam stadium," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat
Polis Daerah Yan di sini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment