Pages

Tuesday, 19 November 2013

RAHSIA PAS LACURKAN AGAMA ISLAM TELAH TERBONGKAR !!!



Kerajaan Pas Kelantan didesak berterus-terang sama ada bersungguh-sungguh melaksana hukum hudud di negeri ini atau sebaliknya.
 
Desakan tersebut dibuat rakyat negeri ini berikutan Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan mendedahkan pihaknya mempunyai kemudahan sekiranya Kelantan ingin menguatkuasakan undang-undang tersebut dalam masa terdekat.

Seorang penduduk, Mustapha Mohd. Ali, 58, berkata, dia meminta kerajaan negeri menjelaskan status sebenar pelaksanaan hukum hudud di negeri ini selepas lebih 20 tahun memerintah namun masih gagal dilaksanakan meskipun beberapa kali isu mengenainya dibangkitkan.

"Sekarang bukan lagi masanya Pas Kelantan hendak bermain tarik tali dalam isu hudud ini. Mereka perlu tegas, beri penjelasan sama ada akan laksanakan hudud atau sebaliknya. Kalau memang hendak buat, jelaskan bila akan buat.
"Kalau masih ada perkara yang tidak lengkap, apa lagi perkara yang tidak lengkap itu, mereka perlu jelaskan juga kepada rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bagi Azman Ismail, 44, Pas Kelantan sering menimbulkan kekeliruan dan tidak memuaskan hati rakyat ketika menjawab isu pelaksanaan hukum Islam itu di negeri ini setiap kali dibangkitkan.

"Jawapan lazim mereka adalah tidak boleh tergesa-gesa, kena dapatkan pandangan pakar undang-undang dahulu. Sudah lama rakyat dengar alasan dan jawapan seperti ini," katanya.

Azman turut mempersoalkan, kredibiliti kerajaan negeri yang terpaksa mengambil masa begitu lama untuk mendapatkan pandangan pakar undang-undang bagi melaksana hukum tersebut sedangkan enakmen berkaitan telah diluluskan sejak 1993.

Sementara itu, Rosli Shafen, 44, berpendapat, hudud Pas Kelantan adalah retorik semata-mata bagi menarik sokongan pengundi terhadap parti itu.
"Jika Pas betul-betul hendak laksanakan hukum itu mereka tidak perlu tunggu hingga 25 tahun, tambahan sekarang ini mereka bersekutu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, lagi menyukarkan mereka," katanya.





No comments:

Post a Comment