Pages

Monday, 25 November 2013

WALAU HARI RAYA SEKALI PON ANWAR TIDAK AKAN MINTA MAAF !!!



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak agar segera meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana mendakwa seramai 40,000 warga Bangladesh telah dibawa masuk untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Mei lepas.

Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berkata, dakwaan Anwar itu telah menyebabkan berlaku kekeliruan sehingga memberi kesan kepada pengundi tertentu untuk mengundi pada PRU-13 kerana dianggap sebagai warga Bangladesh.

"Dakwaan seperti ini mempengaruhi ramai orang dan ramai rakyat Malaysia dilayan secara tidak adil pada hari pengundian. Mereka dimarahi hanya kerana warna kulit mereka lebih gelap dan mereka dituduh sebagai warga Bangladesh.

"Anwar sebagai pemimpin pembangkang yang bertanggungjawab perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana dakwaan seperti ini telah menjejaskan keputusan pilihan raya," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di sini semalam.

Setelah membuat dakwaan itu, Anwar baru-baru ini membuat pusingan U pula apabila menafikan membuat tuduhan bahawa kerajaan ada membawa masuk sebanyak 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi hantu.
Sebaliknya, Anwar menuding jari kepada penulis pro-UMNO kononnya memanipulasi isu itu.

Siew Keong berkata, pembohongan Anwar itu sama seperti episod yang berlaku pada 2008 apabila Anwar menuduh bahawa ramai wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan menyertai pakatan pembangkang dan bakal membentuk kerajaan baharu pada 16 September.








No comments:

Post a Comment