Pages

Saturday, 21 December 2013

LAGI AMARAN UNTUK CINA DAP BANGSAT !!!



Tindakan biadab pemimpin DAP, Jeff Ooi dan Tony Pua yang menghina penjawat awam terus mendapat bantahan dan hari ini, sekumpulan jemaah Masjid Zahir mengadakan demonstrasi aman menuntut kedua-dua pemimpin itu segera memohon maaf.
 
Kumpulan terbabit berhimpun selepas solat Jumaat sambil mengutuk perbuatan Tony Pua yang menggelar penjawat awam Melayu sebagai 'anjing' dan Jeff Ooi pula menggelar 'kucing kurap'.

Ketua perhimpunan itu, Rahmat Ali, 52, yang merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Sungai Petani berkata, Tony Pua bukan sahaja tidak dikenakan tindakan, malah diangkat pula menjadi Pengerusi DAP Selangor.
"Kami terkejut apabila Tony dilantik ke jawatan itu, adakah budaya DAP begini terhadap penjawat awam Melayu?

"Sebelum ini Jeff Ooi kata kucing kurap terhadap penjawat awam Melayu di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan walaupun sudah meminta maaf tetapi itu tidak ikhlas kerana hanya untuk sedapkan hati (Pengerusi DAP), Karpal Singh," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selain bertakbir, mereka membawa sepanduk antaranya Asal Bukan Cina DAP, DAP > Dalang Api Perkauman, DAP parti rasis, anti-Islam-Melayu, DAP kata pada Melayu anjing dan Orang Melayu tolak DAP.

Jeff Ooi sebelum ini dilaporkan telah mengeluarkan perkataan 'kucing kurap' bagi merujuk kepada kegagalan pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membuktikan kepadanya terdapat peniaga haram di Pasar Awam Jelutong.

Tony Pua pula dalam laman Facebook menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai 'anjing' selepas parti itu diarah menjalankan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat berikutan ramai mempertikaikan kewibawaan proses pertama pada 15 Disember lalu.

Rahmat menambah, lebih menyedihkan, pemimpin DAP lain seperti Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang tidak pernah menyatakan apa-apa komen walaupun saban minggu orang ramai menunggu dua pemimpin itu memohon maaf.
Rahmat Ali (tengah, berbaju dan seluar Melayu) bersama anak muda Melayu Alor Setar mengadakan demonstrasi aman membantah tindakan Tony Pua dan Jeff Ooi selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Zahir di Alor Setar, Kedah, semalam.



No comments:

Post a Comment