Pages

Sunday, 1 December 2013

NIK AZIZ MULA TERUSKAN PERANGAI MACAM GAMPANG !!!



Sungguh melucukan sekali apabila Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti mengeluh seakan mencemburui usaha diplomasi oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub yang melakukan kunjungan rasmi menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya beberapa hari lepas.

Kata Nik Aziz, pertemuan rasmi sebegitu adalah sesuatu yang tidak dijangkakan sama sekali kerana dakwanya sepanjang lebih 20 tahun beliau menjadi MB menerajui Kelantan tidak pernah ada perjumpaan sedemikian rupa diaturkan untuk membolehkannya menemui PM.

“23 tahun baru boleh jumpa, payahnya Menteri Besar pembangkang nak jumpa perdana menteri, saya tidak tahu apa yang menyebabkan (Perdana Menteri) buka pintu,” itu keluhannya seolah-olah membayangkan inilah pertama kalinya PM meluangkan masa bertemu MB Kelantan.

Bagi penyokong PAS yang masih muda belia atau dari jenis totok hijau berkarat tentu sahaja merasakan betapa terpinggirnya Kelantan sewaktu Nik Aziz menjadi MB sehingga langsung tidak dipedulikan dan sengaja dipinggirkan oleh PM sejak dari zaman Tun Dr Mahathir, Pak Lah hinggalah ke zaman pemerintahan Datuk Seri Najib.

Hakikatnya Nik Aziz dan Kelantan tidak pun terpinggir sebaliknya sering dibantu termasuklah ketika bekas MB Kelantan itu datang menemui meminta bantuan Tun Dr Mahathir sewaktu negeri itu dibebani isu air dengan syarikat Thames Water sekitar tahun 1990-an dulu.

Hasil dari pertemuan kedua-dua mereka itulah, akhirnya Tun Dr Mahathir yang ketika itu adalah PM bersetuju memberi pinjaman sejumlah RM600 juta yang sehingga kini banyak membantu meningkatkan kemudahan bekalan air bersih di Kelantan.

Tidak lupa juga sewaktu perasmian Jambatan Tendong, pun Nik Aziz turut dijemput untuk menyaksikan perasmiannya bersama PM meskipun seratus peratus kos pembinaan ditanggung oleh Kerajaan Pusat. Malah Nik Aziz pernah menyebut jambatan tersebut adalah simbolik hubungan akrab Kerajaan Pusat dan Kelantan.

Selain itu banyak pertemuan lain diatur bezanya tidaklah terlalu diberi publisiti seperti sekarang, banyak yang berlangsung di Kuala Lumpur seperti ketika Nik Aziz meminta pelbagai jenis bantuan kewangan dan pembangunan serta tak kurang juga perjumpaan di Kelantan seperti ketika masalah banjir pada 1999.

Begitu juga sewaktu Pak Lah menjadi PM, Kelantan terus dibela dan Nik Aziz tetap juga diberi muka, dan masih segar diingatan ramai bagaimana suatu ketika dulu Pak Lah pernah mengetepikan protokol dengan membantu memimpin tangan Nik Aziz turun dari pentas selepas selesai majlis yang mereka berdua hadiri.

Demikian halnya sewaktu Datuk Seri Najib menjadi PM, bukan sekali bukan dua kali Najib bertemu muka mendengar keluh kesah Nik Aziz meminta bantuan malah pernah diberi penghormatan menyertai majlis perasmian projek pembangunan ECR Pantai Timur oleh PM di Kompleks Pemasaran Setempat Taman Industri Automotif Pekan, Pahang beberapa tahun lepas.

Paling khalayak tidak lupa, di majlis tersebut Nik Aziz terkedik-kedik malu sendirian bila diminta bergambar dengan mengangkat jari telunjuk simbolik 1Malaysia. Kalau Najib jenis buat buat tak endah jangan diharap Nik Aziz diberi peluang menunjukkan muka di majlis perasmian tersebut.

Berdasarkan beberapa imbasan di atas, tuduhan Nik Aziz kononnya hanya selepas 23 tahun barulah MB Kelantan dapat berjumpa PM jelas sekali adalah satu fitnah yang mungkin disnegajakan atau barangkali juga disebabkan masalah nyanyuk yang dialami Nik Aziz, itu pasal
sakan meroyan tak ketahuan.

Kalau pun Nik Aziz cemburu melihat sambutan rasmi yang diterima Mat Yakob lebih mendapat publisiti meluas di media cetak dan elektronik, ia bukan alasan kukuh untuk menafikan hakikat bahawa sepanjang 23 tahun pemerintahan Nik Aziz sebagai MB Kelantan sudah acap kali berlaku pertemuan rasmi atau tidak diantaranya dengan PM.



No comments:

Post a Comment