Pages

Thursday, 13 March 2014

DALANG BOMOH MH 370 TELAH DI KENAL PASTI !!!



Macam-macam hal sekarang ni sejak kehilangan kapal terbang MAS MH370. Yang nak membantu ada pelbagai cara dan halnye, dan yang aku pelik baru-baru ni ada la pulak bomoh datang di KLIA. Memang cerita bomoh ni nampak bodoh, tapi bagi aku bukan saja nampak bodoh, malahan bagi aku memang bodoh pon. 

Kita sedia tahu di KLIA sekarang sudah menjadi tempat tumpuan dunia dan ada pelbagai wartawan dari seluruh dunia sedang berkumpul disana untuk menanti maklumat terkini tentang kehilangan misteri kapal MAS. 

Dari kesempatan yang ada inilah tiba-tiba muncul mangkuk ayun yang mengaku raja bomoh dunia kononnya dia mampu membantu mengesan dimana kedudukan kapal tersebut. Daripada cerita sedih sekarang ni dah jadi cerita lawak pulak, semuanya di sebabkan oleh sketsa bodoh yang telah di pamerkan oleh bomoh penipu ni.

Memang sedari awal lagi aku mensyaki ada sesuatu yang cuba di sembunyikan oleh bomoh bangang ni, dan ternyata jangkaan aku tepat. Siapa yang nak buat kerja bodoh ni melainkan ada tujuan yang tersembunyi. Selepas saja kelakuan bodoh dari bomoh tersebut tiba-tiba sahaja kita di kejutkan dengan cerita yang mengatakan bahawasanya bomoh tersebut di hantar oleh pemimpin UMNO. Gila punya tuduhan bagi aku yang di terima oleh kerajaan sekarang ni, ternyata ada muslihat politik di sebalik peristiwa bodoh tersebut.

Kini UMNO yang dipersalahkan oleh pihak pembangkang. Aku dan kawan-kawan aku rasa terpanggil untuk mencari siapa sebenarnya bomoh penipu ini, dan jawapannya telah kami temui... jawapannya ada pada gambar di bawah....






Dibawah ini aku lampirkan komen tentang perbuatan bodoh bomoh ini dari Exco Pemuda UMNO Malaysia Ustaz Fathul Bari.


PUTRAJAYA - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandang serius pembabitan bomoh dalam usaha mencari pesawat MAS yang hilang sejak Sabtu lalu.

"Mohon Jakim memandang serius isu penglibatan bomoh-bomoh dalam mencari MH370 pelbagai versi.

"Ada tikar terbang zam-zam ala kazam, labu, kelapa, teropong, bubu dan sebagainya," katanya dalam akaun Twitternya, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) gempar seketika dengan kemunculan seorang lelaki yang mendakwa sebagai 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' yang kononnya mampu membuat ramalan lokasi pesawat MAS penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.

Terbaru, KLIA lagi sekali digemparkan dengan penyebaran gambar dengan kehadiran sekumpulan tiga lelaki memakai sut lengkap untuk memulakan ritual mengesan pesawat tersebut.  (SUMBER)





No comments:

Post a Comment