Pages

Friday, 23 May 2014

#FBP14 VIDEO GAMBAR SEKITAR SUASANA FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA DI BAHAGIAN BARAT HARI PERTAMA !!!


Semperna pembukaan dihari pertama festival belia putrajaya 2014, pelbagai acara diadakan di sepanjang festival di Zon Barat. Sememangnya keluasan Zon Barat terlalu luas kerana mempunyai pelbagai acara-acara menarik untuk tatapan para belia yang hadir untuk tahun 2014 kali ini.

Pada festival tahun ini kawasan telah dibahagikan kepada empat Zon iaitu Zon Utara, Zon Barat, Zon Timur dan Zon Selatan. Pastinya keluasan kawasan festival kali ini akan memberikan kepuasan kepada para belia untuk menikmati pelbagai acara yang telah di sediakan didalam empat Zon.

Sebaik selesai solat jumaat sahaja para belia mula membanjiri kawasan festival hingga ke waktu petang. Ada yang datang bersama keluarga, ada yang datang bersama kawan-kawan dan ada juga yang datang bersama bas rombongan yang disediakan oleh persatuan masing-masing.

Antara tempat-tempat menarik yang perlu belia kunjungi, E-Games Tournament, Maker Playground by Makespace.my, Talk Space! supported by TEDxKL with Sketchpost, Experience + Live by Kakiseni, Malaysia Internasional Youth Exchange (MIYE), Gadjet Wold, Tempatan Fest, Pestle & Mortar, Soopa Doopa Inflatables, Karnival Raja Sehari, Bazar Belia Putrajaya, Jambori Pengakap dan pelabagai lagi acara yang berada di dalam Zon Barat.

Pastikan anda tidak terlepas menyaksikan pada tahun ini.





















 














No comments:

Post a Comment