Apa sudah jadi ? Peminat Silat Malaysia telah menegur Menteri Belia dan Sukan tentang gambar promo untuk pertandingan #OneSilat yang sedang berlangsung di Festival Belia Putrajaya 2015. Namun begitu, selaku Menteri Belia dan Sukan saudara YB Khairy Jamaluddin pantas menjelaskan isu tersebut bahawasanya ia adalah kendalikan oleh penganjur dan bukannya dari Festival Belia Purajaya 2015.
Lantas dengan itu, selaku penganjur ONESILAT telah mengeluarkan maklum balas mengenai isu yang dibangkitkan oleh peminat silat malaysia di Twiteer mereka..
"OneSilat Championship adalah merupakan pertandingan baru yang diperkenalkan ke era lebih professional. Ia akan memaparkan pergerakan silat yang menggunakan kaedah guntingan, sapuan dan buah pukulan selain daripada tumbukan dan tendangan. Semua pesilat mempunyai latar belakang silat yang kuat, ditambah dengan kemahiran seni mempertahankan diri yang lain.
OneSilat akan menggunakan platfom yang baru, ditambah nilai dengan penggunaan sistem bunyi dan pencahayaan, termasuk gelanggang dan busana yang unik. OneSilat berhasrat untuk membawa silat ke era pertandingan yang baru yang dapat bersaing dipentas antarabangsa and mendapat pemerhatian penonton dari seluruh dunia.
Kami amat berterimakasih diatas komen yang diberikan seperti diatas. Kami menerima segala respon secara serius dan akan menjanjikan bahawa semua pesilat akan mempunyai nilai sensitiviti yang tinggi, mengikut tatacara, adap dan budaya persilatan. Ketidak sengajaan gambar yang telah dipaparkan bukanlah merupakan pemakaian yang akan digunakan semasa pertandingan nanti. Ianya tidak berlaku secara sengaja dan tidak mempunyai niat untuk melakukan provokasi kepada semua pencinta silat. Kami amat kesal dan memohon maaf diatas kesilapan ini dan berjanji yang semua pesilat akan berpakaian mengikut kesesuaian semasa pertandingan.
Dari kami di OneSilat Championship." https://www.facebook.com/OneSilat
No comments:
Post a Comment