GUI GUAT LYE mengadakan sidang akhbar selepas diserang sekumpulan lelaki ketika berceramah di Taman Kelisa Emas, Seberang Jaya, Butterwortah, Pulau Pinang, malam kelmarin. |
Seorang penceramah MCA berdepan detik cemas diserang tiga lelaki ketika sedang berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh di Taman Kelisa Emas di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, penceramah MCA berkenaan bersama-sama Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Pulau Pinang, Gui Guat baru selesai mengadakan ceramah di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun menurut Gui Guat, ketika mahu turun dari atas trak yang digunakan untuk berceramah, tiga lelaki secara tiba-tiba memaki hamun penceramah tersebut.
Ekoran kejadian itu tambahnya, beliau dan penceramah berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Perda kira-kira 11 malam tadi.
Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi MCA negeri, Tan Teik Cheng berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas para penyerang tersebut.
“Bagaimanapun kejadian itu tidak mematahkan semangat kita untuk terus berjumpa pengundi dan program ceramah malam ini akan diteruskan seperti biasa,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis bagi PRK Permatang Pauh, Asisten Komisioner Azmi Adam memberitahu, polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.
SUMBER
No comments:
Post a Comment